in

Kami Tidak Akan Teragak-Agak Untuk Mogok Di Hadapan Kelab, Yusuf Azmi Syamsul Yusof & Shahrol Shiro Hadir Buat Laporan Polis

Kami Tidak Akan Teragak-Agak Untuk Mogok Di Hadapan Kelab, Yusuf Azmi Syamsul Yusof & Shahrol Shiro Hadir Buat Laporan Polis

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Semboyan, Yusuf Azmi bersama beberapa rakan artis seperti Shahrol Shiro dan Syamsul Yusof serta 50 badan bukan kerajaan (NGO) turut hadir membuat laporan polis secara besar-besaran mengenai isu pelawak wanita menghina agama Islam di Ibu Pejabat Daerah Brickfield pada Rabu petang.

Tak teragak-agak untuk mogok

Menurut Yusuf, tindakan tegas perlu diambil kepada pemilik kelab Comedy Crackhouse yang dikenali sebagai Rizal kerana telah membuka ruang untuk membiarkan agama dan bangsa menjadi bahan jenaka. Malah, ia bukan pertama kali pemilik kelab terbabit membiarkan para pelawak di kelabnya itu menjadikan isu agama dan bangsa sebagai konten.

Seorang individu bernama Rizal selaku pemilik kelab komedi tersebut sebab dah buka ruang untuk stand up comedy untuk membahaskan, mempermainkan bangsa Melayu dan Islam tapi ada juga agama dan bangsa lain diperkutak-katikkan.

Pengerusi Persatuan Semboyan ini juga menegaskan bahawa tidak semua benda boleh dijadikan sebagai bahan lawak terutamanya membabitkan bangsa dan agama.

Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan komedi kerana Malaysia. Jangan sentuh soal agama. Itu adalah sensitif.

Sekiranya premis itu dibuka semua, kemungkinan besar kami akan buat mogok sehingga ia tutup. Kami berharap agar kelab komedi terus ditutup sebagai pengajaran kepada kelab-kelab yang lain.

Shahrol Shiro & Syamsul Yusof turut hadir

 

Dalam pada itu, pelawak Shahrol Shiro menyatakan bahawa komediri bukanlah satu cabang yang baru, namun apa yang membangkitkan kemarahan orang ramai adalah kandungan komedi itu yang sudah melampaui batas.

Stand up comedy ini sudah lama di barat dan mereka bebas nak bahas pasal apa saja isu termasuk agama dan bangsa sebagai konten. Kita tak nak industri ini lebih mendatankan kemudaratan dan tak nak perpecahan kaum berlaku.

Sementara itu, pengarah filem Syamsul Yusof turut mengatakan bahawa tindakan tegas perlu dikenakan kepada pemilik kelab kerana tidak mampu mengawal pelawak yang membuat persembahan.

Perkara seperti ini sangat serius dan perlu disuarakan malah pemimpin juga perlu meneliti perkara ini supaya tidak berulang lagi.

Pada awalnya yang kurang setuju dengan penutupan kelab komedi itu tapi perkara ini serius dan harus disuarakan.

Buat laporan polis secara besar-besaran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Azmi (@yusufazmi_s1m)

Sumber : yusufazmi_s1m

BACA : Pelajar Tidak Pernah Tahu Yang Pensyarah Mereka Tinggal Di Dalam Khemah, Disebabkan Tidak M4mpu Untuk Sewa Flat Akibat Kenaikan Sewa Rumah Yang Naik Secara Mend4dak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0