in

Kanak-Kanak Boleh Baca Hadis Dan Terjemahan Al-Quran Tarik Perhatian

budak baca hadis

Tular di laman sosial sebuah rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang masih belajar di sebuah Taska Pasti mampu membaca petikan hadis berserta dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu yang membuatkan sesiapa saja akan terpesona melihatnya.

Hebat Adik Ni Boleh Baca Hadis & Terjemahan Al-Quran

Perkongsian seorang pengguna laman sosial Twitter, Hanisah, telah mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata antara mereka kagum dengan kanak-kanak ini yang mampu membaca Al-Quran dan hadis selepas menonton beberapa video yang kini sedang tular.

Menurut Hanisah, adik sepupunya itu ketika ini masih lagi belajar di sebuah Taska Pasti dan guru Taska di mana adik ini belajar juga serang mengajar anak-anak muridnya membaca ayat Quran dan hadis sehingga rata-rata pelajar Taska tersebut mampu mengamalkan dan menghafal apa yang diajari.

Perkongsian video milik Hanisah di laman Twitter sehingga kini mendapat perhatian dengan lebih dari 20 ribu Retweet dan ramai netizen yang menyukai perkongsiannya. Mereka turut memuji kebolehan kanak-kanak perempuan ini apabila dia membaca bersama terjemahan berserta hadis dengan jelas satu persatu.

Melalui perkongsian Hanisah, dia menyatakan kanak-kanak ini sememangnya sangat gemar membaca petikan hadis dan juga Al-Quran setiap kali ketika pulang dari Taska. Keadaan itu berterusan sehingga menjadi amalan harian yang wajib dilakukannya malahan dia turut membaca apa saja yang dipelajarinya di Taska.

Berikutnya antara komen-komen netizen yang jelas begitu kagum dengan kebolahan kanak-kanak perempuan ini seorang pelajar Taska PASTI yang mampu menghafal, membaca terjemahan Al-Quran dan juga petikan hadis. Ramai netizen mengharapkan mereka juga akan memiliki seorang anak seperti ini.

Budak pandai baca hadis
Sumber: Twitter
kanak-kanak baca terjemahan al-quran
Sumber : Twitter
budak perempuan pelajar pasti
Sumber : Twitter

Semoga adik ni akan terus berjaya di masa depan dan akan terus melakukan apa yang dilakukannya sekarang. Beruntunglah ibu bapanya yang mempunyai anak yang sangat pandai seperti ini. Alhamdulillah!

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0