in

Mak Tiri Herdik Kanak-Kanak Perempuan Di Hadapan Orang Ramai, Sedih!

mak tiri

Mak Tiri Herdik Kanak-Kanak Perempuan Di Hadapan Orang Ramai, Sedih! ~ Ibu tiri merupakan individu yang memegang peranan sebagai pengganti sosok ibu yang perlu melindungi dan menyayangi anak-anak tirinya seperti anak sendiri. 

Anak-anak yang kehilangan sosok ibu samada ibu bapa bercerai ataupun meninggal dunia amat dahagakan kasih sayang apatah lagi jika masih berusia kanak-kanak.

Tidak dinafikan ramai ibu tiri yang baik dan turut disayangi oleh anak-anak tiri mereka namun, apa yang berlaku di sebuah video tular ini pula berbeza. 

“Sedar Sikit, Kau Tu Anak Tiri Je”

Dalam sebuah video Tiktok yang tular baru-baru ini,  seorang kanak-kanak perempuan diherdik ibu tirinya dihadapan orang ramai ketika sedang berada di sebuah tempat awam. 

Kanak-kanak tersebut meminta untuk dibelikan aiskrim apabila ibu tirinya ingin pergi membeli aiskrim buat adik tirinya. Tetapi sedihnya, bukan anggukkan ataupun kata “Ya” yang diterimanya, malah lain pula jadinya. 

Wanita tersebut mengherdiknya di hadapan orang ramai sambil mengucapkan beberapa perkataan kasar yang mampu menguris perasaan sesiapa yang mendengarnya apatah lagi kanak-kanak tersebut. 

“… sedar sikit, kau tu anak tiri je.”

“… hidup menyusahkan orang je! ”

“… aku nak beli untuk anak aku je. Kau duduk diam-diam kat situ!”

Setelah wanita tersebut berlalu pergi dan meninggalkan kanak-kanak itu bersendiri, dua orang awam yang turut berada disitu cuba memulakan perbualan. Mungkin kerana didorang rasa ingin tahu dan kasihan melihat kanak-kanak tersebut. 

Kemudian, tanpa berlengah seorang daripada mereka memberikan wang belanja kepada kanak-kanak itu walaupun telah ditolak. 

“Adik simpan, nanti ‘dia’ nampak pulak”, tuturnya.  

“Bukan, Mak Tiri” – Tutur Kanak-Kanak Tersebut

Dalam insiden yang lain, kanak-kanak tersebut dilihat sedang duduk di kedai makan namun dia tidak dibenarkan untuk makan dan minum. Malah dia turut ditinggalkan bersendirian sementara ibu tirinya pergi mencari mainan untuk adik tirinya. 

“Ini air anak aku. Kau jangan minum pulak. Kalau aku nampak berkurang, siap! Kau tunggu sini sekejap atau mungkin lama sikit. Tunggu sini, sampai aku datang.”

Melihat keadaan kanak-kanak itu ditinggalkan tanpa makanan dan minuman selepas dimarahi, wanita yang juga merupakan orang awam dan duduk bersebelahan meja tersebut bertanya,  “siapa tu, mama ke?”

“Bukan, mak tiri”, jawab kanak-kanak itu. 

Kemudian, dia ditawarkan burger untuk dimakan sejurus ibu tirinya berlalu pergi. Bukan itu sahaja, malah turut ditawarkan air minuman sekali. 

Baiknya hati!

BACA JUGA:Viral Pengalaman Jemaah Haji Ditipu Scammer Di Mekah & Madinah

Video Eksperimen Sosial

Video ini sebenarnya merupakan video eksperimen sosial yang dibuat oleh sebuah chanel Youtube AkuPeduli bagi melihat reaksi orang ramai sekiranya berhadapan situasi tersebut. Video ini merupakan video yang dimuat naik di Tiktok pada asalnya dan telah di post semula oleh seorang pengguna Facebook serta mendapat lebih 5.2K likes dan 16K shares. 

Video ini mendapat pelbagai komen daripada masyarakat terutamanya para ibu dan ramai yang menzahirkan rasa simpati dan sedih sekiranya ia benar-benar berlaku diluar sana. Malah ada juga yang tidak sanggup membayangkan sekiranya ditakdirkan pergi dahulu, siapa lah yang akan menjaga anak-anak mereka. 

“Marah mak kandung pada anak tak sama marah mak tiri pada anak..”

Benar, tidak akan pernah sama kasih sayang ibu kandung jika dibandingkan dengan mak tiri yang baru datang ke kehidupan anak-anak.

mak tiri

Walaubagaimanapun, tidak semua mak tiri itu jahat. Ada juga yang bersyukur dikurniakan mak & ayah tiri yang sangat baik. Mak tiri dan ibu kandung pun boleh berkawan baik. Syukur sekiranya ada yang dikurniakan keluarga seperti ini. Hubungan yang baik antara ibu bapa kandung dan ibu bapa tiri amatlah penting untuk kesejahteraan emosi dan perkembangan anak-anak.

mak tiri

mak tiri

mak tiri

Berdasarkan reaksi yang diperolehi, jelaslah bahawa masyarakat Malaysia mempunyai sifat peduli dan kasih sayang yang tinggi walaupun tidak kenal satu sama lain. Kita perlu lebih peka terhadap sekeliling kita kerana tidak semua dikurniakan kehidupan yang baik seperti kita.

Apapun, terbuktilah Sikap peduli dan empati dala masyarakat Malaysia memang tidak dapat dinafikan.

Syabas!

Kredit: https://www.facebook.com/zatie.kechik.7

Written by Admin (NP)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0