in

Kanser Hidung Sukar Dikesan Hidung Tersumbat Disangka Resdung

kanser hidung tersumbat dan berdarah

Mungkin ramai yang tidak akan menyangka bahawa punca kanser hidung atau barah hidung adalah daripada pengambilan makanan masin atau berawet yang menjadi antara faktor utama menggalakkan pertumbuhan kanser nasofarikns.

Walau bagaimanapun, kanser hidung dikatakan sangat sukar untuk dikesan pada peringkat awal kerana pada kebanyakan simptom untuk penyakit barah hidung ini mirip dengan penyakit-penyakit lain yang biasa berlaku dan tidak spesifik.

Oleh sebab itulah apabila masalah hidung tersumbat ramai yang menganggap simptom sebegini adalah biasa dan ia adalah penyakit resdung, tidak cukup rehat, tertekan, sakit kepala malahan hilang pendengaran dikatakan kerana jangkitan kuman di telinga.

Namun, apa yang perlu anda tahu dan beri perhatian sepenuhnya adalah dua simptom kanser hidung yang utama iaitu hidung sering tersumbat atau mengalami pendarahan serta wujudnya bengkak atau benjolan di leher anda.

Kanser Hidung dan Bahaya Rakyat Malaysia

Cara merawat kanser hidung
Ramai yang menganggap hidung tersumbat adalah perkara biasa dan resdung tetapi sebenarnya?

Seorang pesakit muda masuk ke bilik konsultasi saya. Lelaki berbangsa cina ini nampak risau.

“Doktor, saya risau masalah pada hidung saya..”

Sedari mula saya perhati beliau nampak bimbang dengan masalah yang sedang dialami.

Simptomnya hanya sukar untuk bernafas, terasa sempit pada rongga hidung, itu sahaja. Pendengaran beliau normal, tiada masalah pada tekak dan tiada juga pendarahan dari hidung.

“Saya dah masukkan skop dan kamera dalam hidung. Hasil pemeriksaan, saya berpuas hati. Ia hanya masalah resdung biasa. Tak perlu risau,” ujar saya.

“Saya bimbang, doktor. Sekarang orang sihat pun boleh dapat macam-macam penyakit. Saya risau ini ada kaitan kanser atau apa-apa masalah lain.”

Bagus pemuda ini. Beliau terus dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor. Risau jika ada apa-apa penyakit di luar pengetahuan beliau.

Anda tahu bagaimana kanser hidung berlaku? Apa tanda-tanda awal?

Nasopharyngeal cancer (NPC) merupakan sejenis kanser yang berlaku di bahagian belakang hidung, atas tekak dan boleh mengganggu juga pendengaran pesakit.

Rakyat negara kita juga berisiko untuk alami kanser ini. Bangsa cina lebih-lebih lagi.

Lihat ciri-ciri seperti di bawah:

1. Pembengkakan atau biji pada kawasan leher.

2. Hidung tersumbat atau berlaku pendarahan pada sebelah bahagian hidung sahaja.

3. Masalah pendengaran pada sebelah bahagian sahaja.

4. Di negara kita, tinggi kekerapan berlaku di kalangan masyarakat cina dan bidayuh.

5. Lebih tinggi risiko jika mempunyai sejarah keluarga kanser hidung.

Jika anda ada tanda-tanda seperti di atas, jangan teragak-agak untuk lakukan pemeriksaan doktor. Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)

Lihat pada gambar bagaimana struktur kanser yang terletak di bahagian belakang hidung boleh mengakibatkan masalah pada telinga dan juga hidung.

penawar kanser pangkal hidung
Nasopharyngeal Cancer.

Kenali Kanser Pangkal Hidung

Jom kenali Kanser Pangkal Hidung atau Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) ini yang dikongsikan oleh Dr Mohd Shaiful Nizam.

Kanser Pangkal Hidung @ NPC merupakan kanser hidung yang terjadi di bahagian nasofarinks, berdekatan pangkal tengkorak. Ia kerap dihidapi oleh kaum Cina. Mengikut Data Kanser Malaysia (2007-2011), NPC menduduki tangga ke-5 selepas kanser Payu Dara, Usus, Paru-paru & lymphoma.

Faktor risiko adalah disebabkan oleh keturunan (kaum cina) dan Jangkitan Virus Epstein Barr. Kaum Bidayuh di Sarawak juga berisiko menghidap NPC.

Amalan Gaya Hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti sayur-sayuran atau ikan kering atau ikan masin juga penyumbang kepada kanser ini.

Gejala utama NPC adalah bengkak di lehar (tidak sakit,~ 60%). Selain itu pendarahan hidung atau hidung tersumbat dan kurang pendengaran sebelah telinga juga antara gejalanya. Jika anda mempunyai bengkak leher lebih pada 3 minggu segeralah berjumpa Doktor untuk siasatan lanjut.

Untuk dapat kepastian jenis kanser NPC itu, biopsi tisu atau ketumbuhan dalam hidung di bahagian nasofarinks adalah perlu. Biasanya prosedur ini dilakukan di Klinik ENT dengan bius setempat kecuali ada rintangan tertentu pesakit, maka prosedur dilakukan di dewan bedah bius penuh.

Rawatan kanser NPC ini bergantung kepada tahap kanser itu dijumpai. Secara umumnya, rawatan utama adalah Radioterapi & Kemoterapi. Pembedahan sangat jarang diperlukan kecuali dalam kes-kes tertentu.

Kadar kelangsungan hidup (prognosis) 5 tahun adalah sangat bagus jika dikesan & dirawat awal. Untuk kanser tahap 1, 80-90%, kanser tahap 2, 70-80%, tahap 3, 40-60% dann tahap 4, 40% (jika belum lagi merebak ke kawasan lain).

Persoalan dan Jawapan Tentang Kanser Pangkal Hidung

Berikutnya turut dikongsikan tentang perbincangan kanser pangkal hidung yang dijawab oleh seorang Specialist Hospital iaitu Dr Vincent Tan melalui rakaman TV3.

Antara persoalan dijawab berkaitan dengan barah hidung ini adalah

1. Apa itu kanser pangkal hidung atau Nasofarinks
2. Apa faktor risiko NPC
3. Apakah simptom penyakit NPC ini
4. Cara merawat dan rawatan untuk penyakit ini

Anda disarankan menonton serta mendengar penerangan yang terperinci yang disampaikan ini untuk memahami dan tahu tentang perkara yang berkaitang dengan kanser hidung, rawatan dan sebagainya. Semoga bermanfaat.

Silakan kongsi tulisan ini jika anda rasa ia bermanfaat. Moga berguna untuk kita semua.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0