in

(VIDEO) Aksi Wanita Kantoi Cuba Curi Emblem Honda Dirakamkan

kantoi cuba curi emblem honda

Viral di laman sosial Twitter satu rakaman video yang menunjukkan aksi seorang wanita yang dipercayai cuba untuk mencuri emblem Honda dari sebuah kereta yang diletakkan di lot parking kereta di sebuah pusat membeli belah.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Sunway Putra Mall pada jam 11 pagi pada Sabtu lalu. Suspek dikatakan memandu sebuah kereta jenis Honda City yang berwarna putih dilihat cuba untuk mencuri Emblem Gold Honda Original Japan dari kereta yang diletakkan berhadapan dengan keretanya.

Melalui rakaman video tersebut yang telah dirakamkan dari kamera belakang kereta mangsa memaparkan suspek melihat keadaan sekeliling terlebih dahulu sebelum dilihat cuba mencabut emblem tersebut tanpa rasa takut dan bersalah.

Walau bagaimanapun, suspek terpaksa membatalkan hasratnya untuk mencuri selepas percubaannya gagal dan emblem Honda berkenaan didapati patah. Suspek dilihat memasuki ke dalam keretanya selepas tidak dapat mencuri emblem tersebut dan bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.

emblem honda
Emblem Original Honda Japan Gold Logo. – Twitter

Menurut pemilik video yang merakamkan tentang kejadian serta turut memuat naik ke laman sosial, suspek terbabit telah pun dikenalpasti dan mangsa juga akan turut menghubungi suspek untuk membuat perbincangan dan meminta ganti rugi tentang kejadian tersebut.

Pemilik video tersebut turut menasihatkan orang ramai yang memakai emblem gold supaya terus berhati-hati. Katanya, yang local pun boleh dicuri apa lagi emblem yang original. Anda perlu berhati-hati ketika meletakkan kereta di mana-mana kawasan letak kereta dan sila pastikan parking kereta anda di kawasan orang ramai dan elakkan meletak di kawasan tiada orang.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments