in

KANTOI! Lelaki Penipu Gunakan ‘Kisah Sedih’ Yang Sama Bagi Mendapatkan Duit Di KLIA2

kes penipuan

Pada zaman sekarang semakin banyak kes-kes penipuan yang menggunakan taktik-taktik yang sangat kreatif yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan masing-masing. Penipu dilihat seperti tidak mengambil kisah tentang apakah kesan yang akan berlaku di atas tindakan menipu mereka itu malahan langsung tidak mengira siapakah mangsanya.

Satu perkongsian yang jadi tular pada beberapa hari lalu membuktikan kes sedemikian benar-benar berlaku apabila seorang pengguna Facebook berkongsi tentang pengalamannya yang telah ditipu oleh seorang lelaki bagi mendapatkan duit di KLIA2 (Kuala Lumpur International Airport 2), lapor WOB.

kes tipu
© China Press

Seorang lelaki yang berusia 35 tahun yang berkerja sebagai pengurus jualan pemasaran berkongsikan pengalamannya selepas dia ditiou oleh dua lelaki yang dipercayai berasal dari China yang dikatakan menyamar sebagai pelancong. Mereka berdua dikatakan telah mengaku bahawa tidak mempunyai duit dan meminta bantuan dari lelaki tersebut.

Ketika itu lelaki terbabit baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dan akan meneruskan perjalanannya yang seterusnya untuk ke Penang. Pada ketika itulah kedua lelaki China tersebut menghampirinya dan mendakwa bahawa mereka telah ditipu dengan sebuah syarikat Taiwan yang ingin berjumpa dengan mereka di Malaysia.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 5 petang dan kedua-dua mereka telah menipu lelaki terbabit dengan mengatakan langsung tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mereka pulang ke Shanghai.

tipu
© Facebook

Pada mulanya, mangsa dikatakan ingin menolong mereka dengan membaut tempahan tiket penerbangan secara online, walau bagaimanapun, mereka memaklumkan bahawa ada rakan mereka yang lain pada ketika itu sedang menunggu kedatangan mereka di KLIA dan mereka memerlukan wang sebanyak RM680 untuk pulang ke negara mereka.

Salah seorang dari mereka dikatakan turut menjadi ‘rakan’ mangsa menerusi aplikasi WeChat dan turut berjanji akan memulangkan semula wang yang dipinjamkan itu selepas mereka tiba di Shanghai nanti.

menipu
© Facebook

Mangsa percaya pada mereka dan memberikan sejumlah wang. Tiga jam selepas kejadian itu, mangsa masih berada di situ untuk menunggu penerbangannya, tetapi tiba-tiba dihampiri oleh lelaki tersebut sekali lagi. Mereka tidak mengecam bahawa lelaki tersebut sudah menjadi ‘mangsa’ mereka, dan meminta sejumlah wang yang sama dengan menggunakan kisah sedih yang sama!

Mangsa dikatakan menyedari yang dirinya telah ditipu dan dia turut mencari inisiatif untuk menangkap lelaki berkenaan. Mangsa akhirnya berpura-pura untuk membantu mereka dan dia telah berjaya mendapatkan gambar mereka untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Lalu dia dengan segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan. Walau bagaimanapun, mereka telah cuba untuk melarikan diri tetapi salah seorang daripada mereka dapat ditangkap juga akhirnya.

Menerusi rakaman video yang telah disertakan dalam perkongsian mangsa melalui Facebook, mangsa kelihatan telah mengambil pasport lelaki terbabit dan sejumlah wang yang agak banyak yang dikatakan hasil daripada penipuan yang mereka lakukan.

“Awak ambil kesempatan dengan kebaikan orang untuk buat jahat. Awak tak rasa bersalah ke? Ikutkan jadual penerbangan ni, sepatutnya awak pulang pada Februari tapi tadi awak cakap awak kena pulang sekarang.”

penipu
© China Press

“Tengok pasport awak, ada banyak setem dari negara yang berbeza, dan awak cakap awak tak ada duit?”

Rakaman video berkenaan yang akhirnya jadi tular turut mendapat pelbagai reaksi dan pendapat netizen yang rata-rata daripada mereka turut berkongsi bahawa mereka juga pernah ditipu seperti mangsa.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    Loading…

    0