in

11 Tahun Lalu, Kata-Kata Bob Lokman Ini Dianggap Lelucon Yang Disambut Dengan Hilai Tawa Para Hadirin

bob lokman

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman adalah merupakan bekas pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik yang agak terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 April 1964 dan menghembuskan nafas terakhirnya pada 23 September 2022 baru-baru ini. 

Kata-kata Bob Lokman 11 Tahun Lalu

bob lokman

Bertugas sebagai juri dalam sebuah rancangan televisyen yang terkenal iaitu Raja Lawak,  Bob Lokman sering menghiburkan para penonton dengan lawak-lawak beliau. Terdapat satu kata-kata yang diucapkan bersiap masih  dikenang sehingga kini selepas pemergiannya. Kata-kata tersebut adalah; 

“Takut banyak sangat ketawa nanti kang cepat pulak ‘pergi’ nanti…”

11 tahun lalu, kata-kata Bob Lokman ini dianggap lelucon yang disambut dengan hilai tawa para hadirin. Namun, apabila dikenang kini, ia menghadirkan rasa sayu dan seakan menjadi peringatan untuk kita semua. Kata-kata tersebut diucapkan apabila Bob mengatakan hasrat untuk berundur daripada menjadi juri dalam rancangan tersebut. 

Hasrat untuk mengundurkan diri daripada rancangan tersebut memberi kejutan kepada semua penonton dan juga kakitangan.  beliau mengumumkan hasratnya di hadapan para hadirin dan ditonton oleh semua penonton rancangan tersebut secara langsung. 

BACA JUGA: Ibu Tunggal Yang Hebat, ‘Tak Sibuk Cari Pengg4nti’ ~ Berjaya Genggam Master Di UK “Demi Tuntut Ilmu”

Bob Lokman Bersara Daripada Dunia Hiburan

bob lokman

Setelah berfikir panjang, Bob Lokman nekad meninggalkan rancangan TV yang popular iaitu Raja Lawak sekaligus bersara dari dunia hiburan. Beliau membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama serta berjinak-jinak dengan aktiviti agama di masjid dan surau. 

Hal ini kerana, beliau merasakan dirinya terlalu lalai dengan dunianya dan sering lupa kepada tanggungjawabnya kepada agama.

Dalam satu temubual, Bob Lokman mengatakan bahawa pendapatannya selepas bersara daripada dunia hiburan agak kurang berbanding dulu. Namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berada di jalan yang beliau pilih. 

“‘Ana nekad Syeikh. Memang jauh berbeza. Dulu duit banyak. Sekarang sengkek la sikit. Tapi doakan ana moga istiqamah atas jalan ini.”

Apabila ditanya adakah beliau rugi meninggalkan dunia hiburan (rancangan Raja Lawak), beliau menjawab; 

”Ye memang banyak. Satu musim diorang bagi ana RM35,000.00. Tapi bila Allah dah bagi hidayah, ana tak boleh tangguh,”ujar beliau. 

Istiqamah Sehingga Akhir Nafas

Melakukan penghijrahan memerlukan semangat dan juga ketabahan yang luar biasa. Sepanjang penghijrahan, beliau tidak ketinggalan menerima undangan berceramah di masjid, motivasi di sekolah, pejabat- pejabat kerajaan dan sebagainya.

bob lokman

Alhamdulillah, beliau berjaya istiqomah hingga hembusan nafasnya yang terakhir. Pada hari Jumaat, 23 September 2022, Bob Lokman telah dijemput pulang oleh llahi.

Sumber: mstar

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0