in ,

5 Kebaikan Suka Makan Tempe Akan Dapat Anda Lihat Pada Badan

khasiat makan tempe goreng rangup

Antara banyak-banyak makanan yang berkhasiat dan sedap kalau dicicah dengan sambal kicap, tempe merupakan salah satu makanan yang sangat sedap digoreng rangup begitu sahaja dan dicicah dengan sambal kicap.

Ianya sungguh menyelerakan bagi mereka yang sangat menyukai makan tempe iaitu makanan yang berasaskan kacang soya dan khasiat tempe sangat bagus. Lebih-lebih lagi jika tempe itu dibuat sendiri lagi sedap dan terangkat.

Makan tempe lebih menjadi sedap sekiranya dimakan ketika ia masih panas dan orang biasa memakannya pasti tahu bagaimana kesedapan tempe ini. Biasanya tempe dijual di kedai runcit atau pasaraya dengan bersalut plastik atau pun suratkhabar.

5 Kesan Suka Makan Tempe

Tempe goreng tanpa ragi tapai
Tempe goreng sangat sedap dimakan bersama nasi.

Sesetengah orang mengatakan tempe juga sedap dimakan dengan masak lemak cili padi dan malahan tempe goreng rangup juga sangat diminati, lebih-lebih lagi orang Jawa dimana tempe sangat terkenal dan dikatakan ianya berasal dari Jawa, Indonesia.

khasiat tempe bakar
Tempe bakar sangat popular dan mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan badan.

Walau bagaimanapun, sebenarnya mereka yang suka makan tempe sangat beruntung, mengapa? Kerana tempe juga mempunyai banyak manfaat,  kebaikan dan khasiat yang tersendiri yang mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tempe mempunyai kelebihan yang tersembunyi.

khasiat tempe dan manfaat
Tempe atau juga dipanggil sebagai tempeh di sesetengah tempat.

Khasiat Tempe dan Kebaikan Makan Tempe

    1. Tempe didapati mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu, tempe sangat berkesan untuk mencantikkan wajah sesiapa sahaja.
    2. Tempe juga  mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan anda sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.
    3. Tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatkan kekuatan tulang, mengurangkan gejala menopaus awal dan kandungan protein yang dimilikinya sangat tinggi dan sama seperti daging.
    4. Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Kenapa? Tempe mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
    5. Sekiranya anda ada mengalami masalah cirit birit, sila amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.

Sekarang sudah jelas kebaikan dan khasiat tempe kepada tubuh badan manusia. Bukan sahaja ia sedap malah tempe sangat baik untuk kesihatan kita. Jadi, mulai sekarang sesiapa yang tidak menyukai tempe boleh terus memakannya tanpa was-was kerana terbukti khasiat tempe sangat baik untuk kecantikan dan sebagainya.

manfaat makan tempe
Penyajian pecal biasanya akan dihidangkan bersama tempe yang menambahkan kesedapan makanan ini.

Baca: Cara Buat Tempe Sendiri Di Rumah Tanpa Ragi Tapai Mudah & Senang

Jangan lupa makan tempe ya! Kepada sesiapa yang ingin mencuba buat tempe sendiri boleh mencubanya dengan resepi yang disediakan di atas. Semoga bermanfaat untuk ada semua yang meminati tempe.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0