in

Kecoh Video Siti Sarah Peluk Shuib Dikecam Netizen!!

Syuib dan Siti Sarah

Beberapa minggu lalu, viral video yang memaparkan kemesraan pelakon lelaki terkenal iaitu Sharnaaz Ahmad bersama isterinya yang telah menarik perhatian netizen, terkini hal yang sama turut terjadi kepada pasangan Shuib dan Siti Sarah pula.

Siti Sarah atau nama sebenarnya adalah Siti Sarah Raissuddin telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan dia bersama suaminya iaitu Shuib dengan beraksi manja serta berpelukkan sambil menyanyikan lagu Beyonce berjudul Hello.

Sarah dan Shuib sememangnya amat dikenali ramai dengan sikap romantis dan juga penyayang. Malahan mereka telah pun mengharungi hidup sebagai sepadang suami isteri selama enam tahun. Dalam jangka masa tersebut pasti kenangan pahit dan manis pasti ada.

siti sarah dan shuib

Walau bagaimanapun, ada juga beberapa peminat yang seolah tidak senang dan merasakan aksi manja Sarah itu seperti keterlaluan serta tidak sesuai aksi itu ditayangkan di khalayak umum iaitu menerusi laman sosial.

Beberapa netizen dilihat telah menyuarakan pendapat masing-masing dan ada yang langsung tidak setuju serta mengatakan Siti Sarah melebih-lebih kerana memaparkan aksi manja bersama suaminya kepada orang ramai.

“Adoii sarah, makin lama makin over pulak, kat sini memang orang tak berani comment takut kena block. Kat Facebook tu ha semua orang kutuk awak..over, “

Sarah dalam responnya di ruangan komen mengakui tidak peduli dengan kritikan negatif malah dia juga telah memberi kenyataan balas di ruangan komen kepada individu yang mengatakan tindakannya keterlaluan itu.

“Sarah dah biasa kena kutuk, dari kecil dah biasa kena buli. Jadi kalau macam sekarang ni apa lah sangat, sebenarnya awak yang pilih untuk nak tengok macam mana. Mungkin ada banyak isteri yang kurang peluk suami pada hari tu . Dengan tengok sarah mungkin die peluk suami dia,” katanya menjawab komen berkenaan.

View this post on Instagram

@shuibsepahtu ❤❤❤

A post shared by Dap..Dap..Dap..🎵 (@sitisarahraissuddin) on

Walau bagaimanapun, dapat dilihat masih ramai netizen yang tertarik menyaksikan kemesraan pasangan artis ini yang sudah lama melayari bahtera perkahwinan dan netizen turut mendoakan agar hubungan mereka akan terus kekal hingga ke jannah.

Apa yang pasti ia tidak menjadi satu kesalahan mempamerkan kemesraan dan kongsi saat-saat bahagia sebagai seorang artis kepada peminat kan? Suami isteri seperti inilah harus sentiasa ada rasa kasih sayang dan menyemarakkan rasa cinta di antara satu sama lain. Kau rasa?

Sumber: MEDIA HIBURAN

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0