in

Kegiatan Geng Kunyit Mencari Mangsa Di Tandas R&R Terbongkar

geng kunyit

Kegiatan Geng Kunyit Yang Mencari Mangsa Di Tandas R&R Akhirnya Terbongkar Selepas Rakaman Video Dirampas

Dunia sekarang semakin pelik dan boleh dikatakan sangat memberhaya kepada sesiapa sahaja baik perempuan atau pun wanita yang harus berhati-hati walau di mana juga berada. Bukan hanya kaum wanita sahaja mengalami gangguan seksual malahan di dunia akhir zaman ini lelaki juga berpotensi menjadi mangsa gangguan sedemikian.

Baru-baru ini seorang lelaki telah membuat pendedahan tentang bagaimana dia dikatakan telah diintai oleh seorang individu yang dipercayai lelaki gay sewaktu beliau ingin membuang air di dalam sebuah tandas awam di kawasan Rehat dan Rawat (RNR), Tapah, Perak.

Menurut mangsa, hajatnya untuk membuang dikatakan telah terbantut selepas dia ternampak satu tangan manusia yang memegang telefon bimbit yang dipercayai cuba untuk merakam aksinya ketika itu di dalam tandas berkenaan.

kegiatan geng kunyit

Lelaki yang tidak ingin identitinya didedahkan itu memberitahu bahawa dia dengan segera keluar dari tandas selepas menyedari ada lelaki lain di dalam tandas tersebut ingin membuat rakaman terhadapnya.

Apa geng kunyit ni ingat semua lelaki bernafsu songsang macam mereka ke? Boleh pula buat isyarat tangan memanggil-manggil mangsa dengan menghulurkan tangan di bawah pintu tandas. Tak malu betullah!

Walau bagaimana mangsa dikatakan terus mendapatkan abang dan sepupunya yang berada di luar tandas serta turut berjaya memberkas suspek dan juga turut merampas telefon bimbit milik suspek itu yang mempunyai rakaman yang dilakukannya selepas mereka menjumpai banyak rakaman video yang dipercayai semua mangsanya di dalam galeri.

geng kunyit di rnr
intai dalam tandas

Difahamkan, suspek dikatakan berasal dari utara Pulau Pinang dan turut berkerja di Kuala Lumpur. Bagaimanakah reaksi netizen berhubung dengan perkara seperti ini?

Terdesak sangat geng kunyit sekarang ni, sampai di R&R pun dia boleh meliar! Nak duduk di tempat awam pun dah tak senang sekarang ni.

https://www.youtube.com/watch?v=j1iX1O93mgo

Sumber: MyNewsHub

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0