Semua orang tahu yang gula itu manis dan sering digunakan sebagai bahan perasa dalam segala jenis masakan sebagai penambah untuk kemanisan dalam makanan dan juga minuman. Tapi mungkin ada yang tak tahu kegunaan gula untuk tujuan lain selain perkara tersebut.
Tetapi, adakah anda pernah tahu gula juga boleh digunakan untuk banyak tujuan-tujuan lain? Mungkin ada yang tidak pernah terfikir tentang kegunaan gula untuk dibuat perkara-perkara lain selain dari bahan perasa. Ia juga sangat bermanfaat dalam kehidupan manusia pada masa kini.
Kegunaan Gula Untuk Tujuan Lain
Apakah kegunaan gula selain daripada dijadikan bahan pemanis makanan dan juga minuman? Pasti anda tidak pernah terfikir yang gula juga boleh digunapakai untuk tujuan lain seperti berikutnya;
1. Penghapus Kekotoran
Jika anak anda terlalu lasak di padang permainan sehingga mengakibatkan kekotoran dari tanah dan juga rumput? Cara untuk menghilangkan kekotoran tersebut, hanya taburkan gula di kawasan yang kotor itu tadi. Perlu dibiarkan selama 40 hingga 60 minit. Adakah cara ini berkesan? Jika ingin tahu, anda harus cuba dahulu, baru tahu.
2. Untuk Mengekalkan Kesegaran Bunga
Gula juga dikatakan boleh membantu untuk mengekalkan kesegaran bunga. Apa yang perlu anda buat, anda harus menambah kan 3 sudu gula dan 2 sudu cuka ke dalam air. Gula juga baik untuk batang bunga, sementara cuka pula untuk menghalangkan pertumbuhan bakteria.
3. Skrub Untuk Bibir
Basahkan jari anda dengan air sebelum gula tersebut dilumurkan dengan gula. Kemudiannya, gosok dengan lembut pada bibir anda. Kaedah ini sangat bagus untuk bibir yang kering dan menggelupas.
4. Skrub Untuk Muka
Dengan menggunakan gula untuk wajah adalah sangat bagus kerana ianya dapat membantu menjadikan kulit pada wajah dengan lebih bersih, licin dan lembut. Caranya dengan campurkan satu sudu gula, satu sudu tepung beras dan juga satu sudu susu segar.
Satukan semua campuran tadi pada wajah anda dan gosoklah perlahan-lahan selama 5 minti lebih kurang. Kemudian, biarkan kering sebelum wajah dibilas dengan menggunakan air sejuk.
5. Skrub Untuk Badan
Anda tidak mempunyai bajet yang cukup untuk membeli skrub? Dengan menggunakan gula dan minyak sahaja adalah mencukupi untuk membersihkan kulit pada tubuh badan anda.
Caranya dengan mencampurkan 3 sudu minyak sayur (lebih bagus jika digunakan minyak zaitun) dan 4 sudu gula. Kemudian, sapukan pada badan anda dan gosok dengan perlahan-lahan sebelum dibilas dengan air panas suam.
6. Tapak Kaki Kasar
Jika kaki anda menggelupas dengan teruk. Anda tidak perlu risau lagi kerana campuran gula dan minyak pudina adalah skrub pengelupasan yang sangat bagus untuk tapak kaki anda. Gula turut membantu menyingkirkan sel kulit mati dan minyak membantu melembapkan serta melembutkan tumit kaki.
7. Luka Tapi Tiada Ubat atau Minyak Gamat
Menurut BrightSide, melalui kajian yang telah dilakukan mendapati gula pasir sangat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada badan manusia.
8. Sakit Terkena Gigitan Serangga
Anda perlu meletakkan sedikit gula pada tempat yang terkena gigitan serangga, mudah-mudahan ia membantu mengeluarkan bisa dan menghalangkan pembengkakan daripada ianya berlaku.
Semoga info tentang kegunaan gula bagi tujuan lain yang dikongsikan yang diambil daripada Brightside ini akan bermanfaat untuk anda semua. Sekiranya ia berguna, silakan kongsi kepada mereka yang memerlukan.
Loading…