Pilihan Raya Umum yang ke 14 (PRU14) baru saja berakhir dengan keputusan yang amat mengejutkan ramai apabila sejarah tercipta dan kerajaan baharu telah pun diumumkan dengan kemenangan Pakatan Harapan yang telah dipilih oleh ramai rakyat Malaysia.

Semoga dengan pemerintahan baru ini negara kita akan terus membangun dan terus maju di bawah pemerintahan Perdana Menteri yang ketujuh iaitu Tun Dr. Mahathir. Walau bagaimanapun, satu kejutan berlaku dan amat mengejutkan ramai rakyat Malaysia menerusi satu status yang ditulis oleh seorang wanita yang dipercayai anak perempuan kepada seseorang yang sangat dikenali di laman Instagram, lapor SAYS.com.
Menurut laporan SAYS, wanita yang dikenali sebagai Azrene Ahmad itu telah membongkar satu rahsia yang tak disangka-sangka dan amat sukar untuk dipercayai ramai netizen bila mana mereka menyatakan berkemungkinan akaun Instagram milik Azrene Ahmad itu telah disabotaj.
Berikutnya adalah perkongsian Azrene Ahmad melalui akaun Instagram miliknya.

“Hari ini menandakan berakhirnya era kezaliman yang ramai telah berdoa. Saya dibesarkan oleh kedua-dua individu ini, menyayangi mereka, menghormati mereka. Terdapat masa di mana saya sanggup berjalan di atas bara api dan pertahankan mereka.
“Semakin saya membesar, saya melihat sifat mementingkan diri dan keserakahan antara mereka. Saya mengalami penderaan emosi, fizikal dan mental secara langsung di tangan orang di sebelah kiri (Rosmah). Saya menyaksikan penyalahgunaan sama yang dilakukannya ke atas orang di sebelah kanan (Najib).
“Saya menyaksikan banyak kesalahan, kesepakatan dan jabat tangan kedua-duanya yang dibuat untuk kepentingan kuasa dan untuk memuaskan selera mereka yang begitu tamak.
“Saya menyaksikan tawaran sampingan yang dibuat secara rahsia oleh orang di sebelah kanan (Najib). Jumlah wang dalam beg bimbit dibelanjakan seperti air bukan untuk kepentingan rakyat tetapi dibelanjakan untuk barang kemas, penyuapan pegawai, dan digunakan untuk mendapatkan lebih banyak kuasa.
“Bomoh, ahli sihir, doktor estetik, dan sebagainya berjalan di laluan rumah saya atas sebab yang berlainan, tetapi kebanyakannya untuk mendapat kekuasaan ke atas rakan sebaya mereka dan ahli keluarga mereka, bahkan untuk membahayakan mereka yang berani untuk ‘silang’ mereka.<
“Banyak akaun luar negara dibuka untuk menyalurkan wang ke luar negara demi perbelanjaan peribadi mereka. Peti besi keluli penuh barang kemas, batu permata dan wang tunai yang dipungut. Menjadi keldai untuk membawa wang tunai dan kasut kalung kristal secara senyap-senyap ke dalam dan luar negara ini langsung tidak menyeronokkan.
“Mereka cuba menjual saya berkali-kali untuk berkahwin dengan pembida tertinggi, bahkan orang yang mempunyai kedudukan tertinggi yang akan dapat membantu mereka memperoleh kelebihan politik dan sosial. Keserakahan, keseronokan, dan kebanggaan yang tumbuh dalam setiap langkah yang semakin mendekatkan mereka kepada kedudukan teratas.
“Tidak ada yang dapat menghalang kerakusan mereka namun saya tetap bersama mereka atas dasar kesetiaan. Apabila kerakusan ini kemudiannya menumpukan perhatian kepada saya dan menjadi terlalu berat untuk dipikul, saya memutuskan untuk pergi. Oleh itu, diri saya sendiri dibuang dari keluarga malang ini.”
Melalui status itu juga Azrene turut menyatakan rasa kekesalannya dan berkata, “Terlalu banyak kaedah kreatif digunakan untuk bertindak ganas ke atas rakyat.”
“Suatu hari Allah akan menghukum anda kerana mengkhianati orang-orang yang sepatutnya anda lindungi”
Menurut Azrene, Allah telah mendengar doa rakyat dan doa keluarganya. Beliau juga mendoakan supaya mereka berdua akan kembali ke jalan yang benar suatu hari nanti.
Lebih mengejutkan apabila suami kepada Azrene iaitu Dato’ Fazley Yaakob turut memuat naik status yang hampir sama dengan menyatakan perkara yang hampir serupa dan perkara ini semakin menyakinkan ramai bahawa kenyataan Azrene Ahmad itu adalah benar.
“Syukur Alhamdulilah, Allah Maha Besar, tak sia sia akhirnya perjuangan arwah ayah saya dari hari pertama, bersama2 Tun Mahathir dan barisan pemimpin kanan beliau, untuk membuat perubahan demi negara tercinta. Kepada rakyat malaysia, tahniah kerana kita sama2 melaksanakan perubahan ini
“Arwah ayah saya Datuk Hj Yaakob Mohammad adalah antara pelopor utama memulakan perubahan ini bersama YABhg Tun Mahathir Mohammad, Namun sayangnya beliau pergi lebih awal di kala beliau sedang sibuk turun naik bersama saya ke office Tun Mahathir. Pemergian arwah begitu mengejut tanpa sebarang masalah kesihatan dan amat misterius buat kami sekeluarga, juga sahabat handai. ‘Si Polan’ mencuba pelbagai cara untuk memastikan arwah ayah saya tidak dapat melaksanakan perjuangan beliau bersama Tun.
“Pelbagai halangan dan gangguan di laksanakan agar arwah ayah saya tak mampu melaksanakan tugasan2 penting beliau berjuang demi perubahan. Malahan saya dan isteri sering menjadi mangsa kekejaman si polan tanpa ada belas kasihan, namun kami sekeluarga terus tabah memperjuangkan kebenaran. Arwah ayah saya sentiasa memberi kata2 semangat, “ Fazley & Azrene, Yakinlah, Allah akan sentiasa berlaku adil, masanya akan tiba, Perjuangan kita belum selesai, perubahan harus di laksanakan.
“Teringat kisah arwah ayah saya di panggil Tun Mahathir ketika arwah ayah masih lagi menjadi Pengarah JPJ Wilayah perseketuan, “Kob, can you help me manage this issue since the system that you implement in JPJ works so well?” Parti UMNO telah ‘deregister’ dan menjadi parti Haram kerana senarai ahli tidak dikemas kini dengan strategik.
“Dalam tempoh 24 jam arwah ayah saya meninggalkan tugasnya sebagai PTD officer dan bertugas sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Mulai saat itu setiapkali pilihanraya, saya sentiasa bersama arwah ayah membantu melaksanakan tugas2 pentadbiran dan perlaksanaan sistem keahlian. Pada ketika itu, setiap kali melihat kelibat si polan, ada juga timbul rasa kagum, namun sayangnya rasa kagum itu tidak bertahan.
“Nak tahu kenapa?”
Baca di bawah:
Dato’ Fazley turut menyatakan, beliau memaafkan semua orang yang pernah berada di bawah petunjuk Si Polan selama pemerintahannya.
Fazley menambah, beliau tidak pernah sama sekali membenci BN dan menyeru supaya rakyat tidak melupakan jasa BN selama ini.
Walau bagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur kerana negara kita masih aman dan damai. Semoga negara kita akan terus maju dan membangun demi generasi yang akan datang.
Loading…