in

Kelas Pemulihan Gam Satu Inisiatif Untuk Membantu Lebih 1000 Anak Muda Kurangkan Masalah Isap Gam

Kelas Pemulihan Gam

Mungkin ada antara anda yang pernah dengar menegnai kelas pemulihan gam dan mungkin juga ada yang baru pertama kali mendengarnya.

Kelas Pemulihan Gam

Masalah ketagihan hidu gam bukanlah satu masalah yang baru dalam masyarakat negara kita. Tetapi ia adalah satu masalah yang sudah lama melanda negara kita dan semakin hari menjadi semkain parah. Semakin hari semakin semakin ramai anak muda yang teribat dengan masalah ketagihan gam sehingga menyebabkan berlakunya masalah sosial dan masalah jenayah yang serius dalam kalangan anak muda.

Apa yang lebih mengejutkan, ada antara mereka yang menghidu gam adalah mereka yang masih berusia kanak-kanak. Dikala kanak-kanak lain sedang seronok menuntut ilmu dan bermain bersama bersama keluarga dan kawan-kawan yang lain, ada antara kanak-kanak di luar sana yang telah terlibat dengan menghidu gam.

Kelas Pemulihan Gam Adalah Satu Projek Kemasyarakatan Untuk Membantu Kanak-Kanak Dan Remaja Keluar Daripada Masalah Menghidu Gam

Kenapa masalah hidu gam ini merupakan masalah yang serius?? Kerana, apabila sesorang itu mula menghidu gam dia akan mula menjadi hayal dan bertindak di luar dari permikiran mereka. Apa yang lebih parah, ia boleh membuatkan seseorang itu mengalami ketagihan yang teruk dan disebabkan itulah berlakunya ada yang menyamun dan mencuri untuk membeli bekalan gam untuk dihisap.

Justeru itu, untuk mengelakkan dari ia terus menjadi barah dan masalah yang lebih serius dalam masyarakat pelbagai pihak telah melakukan pelbagai usah pencegahan termasukan pihak kerajaan, NGO dan badan persendirian. Disebabkan itulah, bermacam jenis program telah dirancang untuk membantu anak remaja dan kanak-kanak yang terlibat dengan menghidu gam.

Program-program ini bukan sahaja di adakan di bandar tetapi juga diadakan dikawasan kampung. Salah satunya ialah kelas pemulihan gam. Mungkin ada yang baru pertama kali yang mendengar mengenai kelas pemulihan gam ini. Apa yang dimaksudkan dengan kelas pemulihan gam ini??

Kelas Pemulihan Gam

Kelas pemulihan gam merupakan kelas yang diuruskan oleh Kesatuan Pelajar Sekolah Alternatif. Tujuan penubuhan kelas pemulihan gam untuk membantu kanak-kanak ketagih menghidu gam supaya keluar dari masalah ketagihan mereka. Ini kerana, ia boleh merosakkan dan memusnahkan masa depan mereka.

Baca Juga: Kelebihan Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir dan Untuk Segala Hajat

Disebabkan itulah, Kesatuan pelajar sekolah alternatif mengambil inisiatif untuk mewujudkan kelas pemulihan gam ini. Tujuan utamanya bukan sahaja untuk membantu anak-anak yang menghisap gam tetapi juga memberi pendedahan dan ilmu mengenai keburukkan mereka menehidu gam. Justeru itu, mereka mahu mencega supaya anak-anak tidak terlibat dengan lebih jauh lagi dalam menghidu gam terutama sekali bagi anak-anak sekitar semporna yang terlibat dengan masalah hidu gam.

Kelas Pemulihan Gam

Dalam masa yang sama mereka juga turut memberi pendidikan ilmu pendidikan kepada anak-anak yang hidu gam supaya masa depan mereka juga lebih terjamin di masa hadapan. Kelas pemulihan gam bukan sahaja diwujudkan untuk membantu kanak-kanak yang ketagih gam tetapi juga membantu anak-anak jalanan dalam memberikan ilmu pendidikan kepada mereka.

Inisiatif yang dilakukan oleh Kesatuan pelajar sekolah alternatif Semporna ini merupakan satu inisiatif yang patut patut dipuji dan dijadikan contoh oleh orang lain. Dengan adanya inisiatif sebegini, ia sedikit sebanyak dapat mengelakkan dari masalah hidu gam menjadi semakin parah dan beri peluang kepada mereka yang hidu gam supaya keluar dari masalah ketagihan mereka supaya mendapat masa depan yang lebih cerah.

Untuk Tonton Video Pengenalan Kelas Pemulihan Gam Klik Link Di Bawah:

Borneo Komrad

Written by yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0