in ,

Kelazatan Masakan Ikan Buntal Terbukti Sedap, Wanita Ini Kongsi Cara Masak Ikan Ini Dengan Betul. Berani Makan?

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa ikan buntal boleh dimakan dan ada yang mengatakan bahawa ikan buntal sememangnya tidak boleh dimakan. Malah, tak ramai yang akan biasa memakannya kerana dikatakan ianya sangat memberhaya serta beracun dan juga ia dikatakan sebagai makanan eksotik.

Tetapi sebenarnya masakan ikan buntal sangat istimewa di sesetengah negeri seperti di kampung nelayan Sabah dan Sarawak. Masakan seperti sagol buntal, lauk tumis dan buntal goreng adalah antara masakan yang amat terkenal di sana dan ianya dikatakan sangat enak sekiranya dimasak dengan cara yang betul.

Perkongsian dari pengguna laman Facebook dari Semporna ini yang dikenali sebagai Abel Lione Karia telah berkongsi bagaimana cara untuk memasak ikan buntal.

Cara Masak Ikan Buntal Dengan Betul

Saya ingin kongsikan bagaimana cara untuk masak ikan buntal ini dan cara-cara untuk menyiang dan membersihkannya. Ianya agak leceh untuk disediakan tetapi hasilnya sangat memuaskan.

Memang betul kata orang, makanan yang paling susah disediakan adalah makanan yang paling sedap untuk dimakan.

Bahan-Bahan

Ikan Buntal. Serai 10 batang. Bawang merah kecil 10 ulas. Kunyit atau serbuk 1 sudu kecil sahaja. Halia sebesar ibu jari. Lada mengikut kepedasan sendiri. Perasa. Minyak untuk menumis. Air secawan.

Cara-caranya

1. Rebus

Langkah pertama, rebus ikan buntal terlebih dahulu bersama dengan 4 batang serai.

Ada juga yang mengeluarkan hempedu/insang/isi perut ikan buntal terlebih dahulu sebelum merebus tetapi biasanya saya rebus.

2. Cabut Duri dan Buang Hempedu

Apabila telah direbus, toskan dan angkat dari periuk. Kemudiannya cabut durinya dan buang hempedu yang beracun itu dari dalam perutnya.

Manakala hatinya kita turut mengambilnya kerana ia akan memberikan rasa lemak kepada masakan kita itu nanti. Inilah rupa hatinya dan lain-lain daripada itu kita harus membuangnya.

3. Carikkan Isinya

Kemudiannya, anda perlu carik-carikkan isi dan juga lemak yang terdapat pada ikan ini.

4. Mula Menumis dan Memasak Seperti Biasa

Selepas semua isinya telah disediakan, seterusnya panaskan minyak dalam kuali serta tumbukkan bahan-bahan tumisan tersebut. Anda harus memastikan bahan tumisan digoreng sehingga naik baunya dan garing.

Selepas itu, masukkan terlebih dahulu hati ikan ini dan kacaulah sehingga sebati. Kemudiannya masukkan segala isi ikan yang berduri ini. Gaul sehingga semuanya sebati dan kelihatan cukup masak.

5. Tambahkan Air

Untuk langkah yang terakhir, anda boleh memasukkan secawan air agar ianya kelihatan seperti berkuah sedikit. Pastikan akan anda menunggu sehingga masakan itu mendidih dan masak, seterusnya tutup api. Siap dan hidangkan untuk dimakan bersama nasi.

Kelazatan masakan ikan seperti ini akan dipuji oleh mereka yang telah biasa memakannya. Sekiranya tahu cara memasaknya pasti anda akan suka dengan ikan buntal kerana ianya dikatakan sangat sedap sehingga menjadi makanan lazim dala sesebuah masyarakat.

Walau bagaimanapun, adalah penting mempelajari terlebih dahulu cara menyediakan masakan ikan ini daripada mereka yang pakar kerana sekiranya tersilap langkah ianya boleh menyebabkan keracunan.

#MasakDenganSabarPastiSedap

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja