in

Rahsia Kelebihan Surah Yassin Ayat 58 Segala Hajat Dimakbulkan Allah

kelebihan surah yassin ayat 58

Mungkin ada yang tak tahu tentang fadhilat, manfaat dan kelebihan surah Yassin ayat 58 yang amat baik diamalkan malahan digalakkan sentiasa membacanya ketika bacaan doa dalam solat lima waktu setiap hari.

Surah Yassin bukan sahaja perlu dibaca ketika ada sesiapa saja yang meninggal dunia atau dibaca untuk mereka yang sakit tenat tetapi ia boleh dijadikan amalan harian. Kelebihan surah Yassin ayat yang ke 58 adalah untuk doa dimakbulkan Allah SWT.

Fadhilat dan Kelebihan Surah Yassin Ayat 58

Sesiapa pun di antara kita yang membaca surah Yassin secara penuh berserta ayat yang ke 58 iaitu ‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’ lalu diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik, insya Allah semua hajat dan doa akan dimakbulkan Allah.

surah yasin ayat 58 terjemahan
Surah Yasin ayat yang ke 58.

Sebaiknya jika ingin membaca surah Yassin tersebut, anda disarankan membaca ayat ini dengan niat seperti yang dikongsikan di bawah supaya segala hajat anda akan tercapai.

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7. YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Amin Ya Rabbal Alamin. Insya Allah semuanya akan dipermudahkan. Amalkanlah ayat atau surah yasin ayat ke 58 ini setiap hari dengan niat yang baik serta dengan bersungguh-sungguh dan juga yakin dengan Allah segala-galanya.

Baca : Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi (Surah Yasin)

surah yassin ayat 58 rumi dan jawi terjemahan
Cara membaca Surah Yasin Ayat Ke 58. – Facebook

Semoga perkongsian manfaat, fadhilat dan kelebihan surah Yassin ayat 58 ini akan memberikan kebaikan anda dan semua yang mengamalkannya. Pasti segala hajat, niat dan doa anda akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Sampaikanlah dakwah tentang rahsia kelebihan surah Yassin ayat 58 ini kepada sesiapa saja terutamanya ibu bapa, ahli keluarga, adik-beradik serta sanak saudara yang masih lagi belum tahu. Pasti ilmu ini sangat bermanfaat dan membantu anda. Insya Allah.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    Loading…

    0