in

Kemalangan Babitkan Seorang Pemandu Tapi Siapa Kanak-kanak Dalam Gambar Ini?

siapa gambar budak itu

Ramai yang tertanya-tanya dan hairan siapakah budak yang terdapat dalam gambar satu kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 21, Jalan Guan Musang-Kuala Krai semalam.

Menurut laporan Harian Metro, gambar tersebut telah dirakamkan oleh seorang anggota bomba yang bertugas dalam operasi menyelamatkan mangsa kemalangan yang turut mengesahkan kemalangan tersebut hanya membabitkan seorang mangsa sahaja dalam kereta berkenaan.

Lebih menambahkan kehairanan apabila wajah seorang budak jelas terpapar dalam gambar yang dirakamkan selepas kemalangan yang melibatkan kenderaan pacuan empat roda dan kereta yang dipandu oleh Mohd Salimi Mohd Razali, 34 tahun.

gambar budak dalam kemalangan
Kemunculan gambar budak tersebut menjadi tanda tanya orang ramai.

Difahamkan, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai gagal memotong sebuah kereta di hadapannya di garisan berkembar sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Menurut Ketua Operasi Bomba, Awang Mamat berkata, pihaknya hanya menyedari wajah seorang kanak-kanak yang terdapat dalam gambar tersebut selepas gambar itu dimasukkan ke dalam Whatsapp Group Bomba.

Ianya sesuatu yang amat menghairankan bagaimana adanya kanak-kanak tersebut di dalam gambar memandangkan ketika operasi menyelamat dilakukan tiada seorang pun budak di lokasi kejadian.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat, lokasi kejadian tersebut sering berlaku kemalangan maut malahan ada yang mengatakan mereka pernah melihat lembaga yang amat menakutkan di kawasan kemalangan itu.

Berita dari Sinar Harian tentang kemalangan tersebut berlaku.

Gua Sejuk bermandi darah lagi.Kemalangan maut di Kilometer 21, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, petang tadi.LAPORAN MOJO SINAR HARIAN GUA MUSANGAKMALIAH RAZAK

Posted by Sinar Harian Edisi Kelantan on Tuesday, 4 September 2018

Rata-rata netizen berpendapat berkemungkinan ianya satu kebetulan dan mungkin juga makhluk halus yang menyerupai manusia yang sengaja ingin menakutkan manusia. Gambar tersebut lebih menyeramkan apabila pihak bomba mengesahkan sememangnya tiada seorang pun kanak-kanak di lokasi kejadian.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0