in ,

‘Kepada Adik-adik, Kita Jumpa Di Syurga’ – Aboh Meninggal Selepas Dua Hari Kematian Adik-Beradik. Sedihnya..

kemalangan maut

Berita kematian adalah satu perkara yang amat sukar untuk diterima oleh ramai orang dan mati itu adalah pasti, namun saat untuk menghadapinya sukar untuk digambarkan. Apatah lagi mereka yang telah pergi itu adalah orang yang amat kita sayangi. Islam menuntut kita untuk belajar menerima kenyataan dengan hati yang relah di saat menerima berita kematian.

Satu perkongsian sedih dari seorang lelaki buatkan ramai yang turut menangis dan bersedih apabila lelaki terbabit baru sahaja kehilangan 3 orang adik-beradiknya sekaligus selepas terbabit dalam satu kemalangan maut jalan raya berdekatan dengan MRSM, Lenggong. Ayahnya dilaporkan sedang kritikal turut meninggal dunia.

kemalangan maut
Suasana ketika kemalangan apabila anggota Bomba cuba kelaurkan mangsa yang tersepit. – Berita Harian

Laporan dari Berita Harian, enam sekeluarga dari Terengganu bercuti di Perak, berakhir tragedi apabila tiga terbunuh termasuk sepasang kembar, selepas kenderaan mereka dirempuh dari belakang oleh treler, ketika berhenti di persimpangan empat lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong pada Ahad lalu.

Dalam nahas jam 11 pagi di Jalan Kuala Kangsar-Gerik itu, pasangan kembar Muhammad Hanif Ismail, 8 dan Nur Ain Hanifah serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22, mati di tempat kejadian.

Al-Fatihah Untuk Semua Keluarga Mangsa

kemalangan
3 adik-beradik meninggal dunia sekaligus.

Allah pinjamkan mereka dan Allah “ambil” balik pinjamanNYA. Sebagai orang yang beriman, aku memang Redha, tapi hati dan tangisan tak boleh ditipu.

Allah ambil nyawa 4 ahli keluargaku dalam tempoh yang sangat singkat. Aboh orang yang baik. Aboh orang yang paling kuat tekankan kami bab solat. Walaupun aku dah besar panjang, aboh tetap tak jemu-jemu berpesan supaya jangan tinggalkan solat.

kemalangan
Semenjak kecil aku dididik oleh ayah untuk solat.

Aboh dah terlepas tanggungjawab. Sekarang tinggal aku dan abang yang akan jaga satu-satunya adik yang tinggal dan ibu. Jenazah aboh akan dikebumikan di Bukit Kuin, Kuantan.

Kemungkinan jenazah sampai di Kuantan selepas Asar (tak pasti). Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga roh aboh dan ketiga-tiga adik ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

kemalangan
Adik-adik yang sering mengaji
kemalangan
Allah pinjamkan mereka dan Allah “ambil” balik pinjaman-NYA.

Jenazah adik-adik dah sampai di Kuantan. Saya masih di Hospital Taiping. Keadaan ayah agak kritikal. Beliau perlukan doa kalian semua. Doa jelah ikhtiar akhir yang kami ada. Allah dah tarik 3 nyawa dah cukup berat aku nak hadapi. Kalau 1 lagi Allah tarik aku taktau la aku macam mana. Tolong doakan ayahku. Semoga keajaiban berlaku.

kemalangan
Selepas kritikal di hospital akhirnya aboh pergi jua..

Solat jenazah aboh akan dibuat selepas isyak malam ni di Masjid Bukit Kuin, Kuantan, Pahang dan dikebumikan selepas solat jenazah. Sesiapa yang nak bagi penghormatan terakhir boleh la datang ziarah. in shaa Allah.

Semoga Muhammad Haris dan ahli keluarga yang lain terus tabah dan redha dengan ujian yang maha besar ini. Al-Fatihah untuk mereka yang telah PERGI.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments