Akaun Tabung Haji yang tidak aktif dinasihatkan supaya aktifkan dengan segera sebelum 8 Jun 2018. Akaun pendeposit yang didapati tidak aktif dan telah melebihi tempoh tujuh tahun akan terus dipindahkan kepada kumpulan akaun yang tidak aktif pada 9 Jun ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat pengumuman tentang memberi peringatan kepada semua pemilik akaun dan pendeposit Tabung Haji bahawa jika akaun tersebut tidak aktif, mereka tidak lagi akan menerima sebarang agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji bermula tahun 2018.


Melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tabung Haji, “inisiatif pengelasan akaun tidak aktif ini sebagai langkah keselamatan serta melindungi akaun pelanggan daripada sebarang transaksi yang mencurigakan.”
TH turut menyarankan semua pendeposit dengan segera membuat kemaskini akaun tidak aktif iaitu seperti alamat, nombor telefon dan juga penamaan waris agar lebih memudahkan pihak TH dapat menghubungi semua pemilik akaun atau bakal haji untuk sebarang urusan surat serta penghantaran haji selain pengurusan harta kepunyaan waris.
Sila AKTIF Akaun Tabung Haji anda dengan segera untuk mengelakkan dimasukkan ke dalam kumpulan Akaun Tidak Aktif.
Selain itu, TH turut mengatakan pihaknya sukar untuk menghubungi ramai pendeposit dan juga bakal haji kerana mungkin bertukar alamat. Kegagalan pendeposit mengemaskini akaun Tabung Haji berkemungkinan akan terus terlepas giliran untuk menunaikan haji pada tahun tersebut serta harus menunggu untuk tahun yang seterusnya untuk ibadah haji.

Bagi anda yang ingin aktif akaun Tabung Haji atau ingin semak akaun Tabung Haji tapi masih tidak tahu atau tertanya-tanya bagaimana cara aktif akaun berkenaan, anda boleh aktifkan akaun tersebut di semua cawangan TH dengan membuat sekurang-kurangnya satu transaksi sahaja.
Aktiviti transaksi tersebut adalah seperti transaksi pengeluaran atau simpanan sama ada secara online melalui talian rakan strategik TH seperti Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam atau terus ke kaunter bank dan juga melalui berbagai saluran ejen TH bagi urusan akaun simpanan sebelum 8 Jun ini.
Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan daftar akaun, pelaburan atau yang berkaitan dengan perkhidmatan Lembaga Tabung Haji, anda boleh terus menghubungi TH melalui talian Khidmat Pelanggan (THCC) yang disediakan untuk membantu serta menjawab semua persoalan berkaitan dengan akaun Tabung Haji dan sebagainya. Sila hubungi di talian 03-62071919.
Untuk anda yang sedang mencari Cawangan Tabung Haji yang berdekatan dengan anda di seluruh Malaysia, anda boleh buat semakan tentang cawangan berkenaan dengan klik laman Tabung Haji di bawah yang dikongsikan untuk memudahkan pencarian anda itu.
Semoga bermanfaat.
Loading…