in

Akibat Anjing Buang Najis Depan Rumah, Warga Emas Maut Selepas Bertengkar Dengan Jiran

jiran maut

Semua agama di dunia ini sememangnya menuntut penghuninya berbuat baik sesama manusia mahupun binatang lebih-lebih lagi dengan mereka yang menjadi jiran terdekat. Namun, memang lumrah alam sekiranya hidup berjiran pasti ada saja perkara atau hal yang tidak baik sehinggakan jiran tidak bersetuju atau berlakunya pertengkaran mulut yang semakin parah jika dibiarkan.

Apa sahaja kesilapan dan kesalahan jiran, adalah lebih baik menyelesaikan setiap masalah itu dengan baik dan rasional. Bukannya seperti yang berlaku terhadap lelaki ini yang akhirnya maut selepas dipercayai bertengkara angkara najis anjing.

binatang peliharaan
Binatang sememang tidak mengerti apa-apa dan tidak boleh berfikir yang menyebabkan dia ‘membuang’ merata-rata.

Memetik laporan Berita Harian, seorang lelaki didapati meninggal dunia selepas berlakunya satu pergelutan kecil semuanya gara-gara najis anjing di rumahnya di Taman Pekan Baru, Parit Buntar pagi semalam, 28 Disember.

Melalui siasatan yang telah dijalankan, kejadian tersebut bermula apabila mangsa yang dikenali sebagai Shee Hun Kong, 68, dipercayai bertengkar dengan seorang lelaki iaitu jirannya yang berusia 52 tahun pada kira-kira jam 12.30 malam semalam.

jiran bertengkar
Hanya kerana sebab najis, jiran maut. © YouTube

Punca berlakunya pertengkaran tersebut adalah disebabkan lelaki tersebut marah apabila anjing milik mangsa telah membuang najisnya di hadapan rumahnya. Akibat perkara itu dan tidak mampu menahan kemarahannya lagi, suspek dikatakan kemudiannya telah menampar dan mencurahkan air paip terhadap mangsa dan juga anjing mangsa.

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba mangsa dilaporkan rebah terbaring di hadapan rumah berkenaan. Melihat akan kejadian tersebut, suspek dikatakan tidak mengendahkan keadaan amngsa dan membiarkan mangsa di situ sehinggalah seorang penduduk berdekatan menjumpainya lalu melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Menurut laporan Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, mayat mangsa telah ditemui orang awam pada jam 1.33 pagi dengan anjing kesayangannya itu berada di sisi tanpa meninggalkan tuannya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kegagalan saluran darah jantung.

“Selain itu terdapat luka kecil di kepala dan lutut kiri mangsa dipercayai akibat terjatuh,” kata Omar lagi.

Sementara itu, isteri mangsa, Tan Poh Suan, 52, suaminya itu memang selalu membawa anjing peliharaan mereka itu bersiar-siar pada waktu malam. Dia turut mengakui bahawa suaminya itu penghidap penyakit jantung dan juga darah tinggi.

jiran gaduh
Mangsa dikatakan terkena serangan jantung semasa pertengkaran itu berlaku.  © Berita Harian

Ekoran dengan kejadian dan penemuan mayat mangsa itu, lelaki terbabit kini telah ditahan reman selama 4 hari untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pihak polis juga turut mengesan beberapa saksi yang melihat kejadian bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kerana perkara kecil seperti ini boleh mengundang maut. Jadikan pengajaran sekiranya perkara yang sama berlaku kepada kita dan jiran, jangan sampai perkara yang sama berlaku lagi, selesaikanlah setiap masalah itu dengan akal fikiran bukannya dengan kemarahan.

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja