in

Kerana Bakat Melukis Yang Hebat Adik Ini Jadi Viral dan Dikagumi Netizen

Bakat dan kebolehan seseorang adalah anugerah yang tidak ternilai yang diberikan kepadanya. Biasanya, bakat seseorang semakin meningkat apabila diketengahkan serta meningkat dewasa. Inilah yang berlaku kepada seorang murid sekolah yang mempunyai bakat melukis telah mendapat pujian ramai oleh netizen selepas bakat terpendam miliknya jadi viral di laman sosial Twitter.

Bakat Melukis Seorang Budak Sekolah

Cara mengetahui bakat melukis murid sekolah
Via Balqis Sidiqia

Melalui satu perkongsian dari laman Twitter yang menyatakan murid lelaki terbabit adalah daripada kelas yang terakhir di sekolah tersebut. Biarpun dari segi akademik murid ini tidak sepandai dan sebijak murid lain tetapi dia mempunyai bakat melukis yang sangat luar biasa. Anda pasti memuji apabila melihat lukisannya untuk pertama kali.

adik ini pandai lukis kartun yang comel
Via Balqis Sidiqia

Menurut perkongsian itu lagi, melalui tontonan kartun di TV, YouTube serta video dan sebagainya, adik ini sangat pandai melukis mengikut karakter-karakter animasi yang diminatinya. Lukisannya sangat sempurna dan sekali pandang seperti orang dewasa atau pelukis profesional yang mempunyai bakat melukis serta berpengalaman.

Melukis Kartun Kegemaran

Pelukis kartun yang akan dikenali di Malaysia
Adik ini mungkin akan menjadi pelukis terkenal di Malaysia.

Murid sekolah ini sering mengasah bakatnya dengan melukis berbagai kartun kegemarannya seperti Doraemon. Goku, Naruto, Mario dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ada di antara lukisan yang dilukis seperti sebuah komik ternama.

Karakter Animasi Direka Sendiri

lukisan karakter animasi
Antara lukisan karakter animasi yang dilukisnya sendiri.
kartun animasi
Cantik dan perfect!
lukis kartun dengan pensil
Lukisanadik nampak kemas dengan hanya menggunakan pensil.
kartun yang cute
Comel.
lukisan yang simple dan menarik
Simple tapi menarik.
kartun doraemon dilukis sendiri
Kartun Doraemon juga menjadi kegemarannya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah adik ini boleh mencipta kartun animasi mengikut kreativiti sendiri sebelum dia melukis atau menterjemahkan lukisannya itu dalam sebuah buku. Malahan, menurut rakan sekolahnya, dia mempunyai banyak lagi buku-buku lukisan kartun yang dilukisnya sebelum ini.

Netizen Puji dan Kagum Bakatnya

netizen Malaysia
Pujian dari netizen
Alif pelukis berbakat
Rupanya pelukis berbakat ini bernama Alif.

Memang tiada siapa yang menyangka seorang murid sekolah yang dikatakan sedikit ketinggalan dalam pelajaran dan berada di kelas terakhir mempunyai bakat melukis dan kebolehan sebegini. Seharusnya, bakat adik ini wajib diketengahkan supaya dapat mengembangkan lagi semua kebolehannya pada lukisan.

Pastinya pelukis seperti adik ini akan mempunyai peminatnya yang tersendiri yang akan meminati hasil kerja tangannya. Semoga adik ini akan terus berjaya dan ada pihak yang melihat kebolehan dan bakat melukis adik ini, seterusnya dibawa ke depan untuk terus mara menuju kejayaan yang lebih baik.

Syabas dari kami di Media Maklumat untuk adik ini.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0