in

(VIDEO) Akibat Tidak Dapat Duit Untuk Membeli Dadah, Penagih Ini Pukul Isteri & Anaknya Di Pasar Tani

Tanggungjawab seorang lelaki iaitu suami sangatlah besar selepas mereka hidup bersama dengan pasangannya dalam satu keluarga. Tugas suami selain melindungi dan memimpin isteri, nafkah zahir dan batin juga harus dipenuhi dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.

Tetapi segala tanggungjawab tersebut tiada dalam diri seorang lelaki ini yang dipercayai berasal dari utara Kedah apabila dia dikatakan telah memukul isteri dan anaknya hanya kerana untuk mendapat sedikit duit untuk membeli dadah.

Sumber: NST

Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku jam 9.45 pagi itu, lelaki penagih dadah tersebut dilihat telah merampas beg tangan isterinya ketika berada di Pasar Tani, Sungai Petani sehingga menyebabkan berlakunya satu pergelutan di antara mereka sebelum dirakamkan oleh orang awam.

Menurut Pengerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kedah, Mahadzir Elias berkata, orang ramai yang melihat akan kejadian tersebut telah menahan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu sebelum mereka menghubungi AADK.

Selepas siasatan dilakukan, ternyata lelaki terbabit dikatakan sebelum ini pernah ditangkap beberapa kali di atas kesalahan menagih dadah.

Lelaki yang sanggup berkasar terhadap isteri dan anaknya itu didapati positif dadah jenis marijuana dan methamphetmine selepas ujian air kencing dilakukan terhadapnya.

Lelaki tersebut kini ditahan dan turut disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sumber: Harian Metro

Mahadzir berkata, insiden yang berlaku hari ini bukanlah satu perkara asing apabila berlaku satu pergolakan rumah tangga akibat dadah.

Menurut Mahadzir lagi, “kebanyakan mereka yang menagih mampu bertindak secara tanpa sedar, tidak mengira tempat dan mampu mendatangkan kecederaan kepada orang sekeliling.

Mahadzir menambah, “masyarakat juga digesa supaya terus berhubung dengan pihak AADK supaya masalah berkaitan dadah dapat ditangani dengan baik dalam usaha mewujudkan keluarga bebas dadah,” katanya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0