in

(VIDEO) Sanggup Pukul Ibu Sendiri Hanya Kerana Duit Sekolah

pukul ibu sendiri

Sungguh biadap apabila seorang remaja lelaki yang sanggup pukul ibu sendiri hanya semata-mata ingin mendapatkan duit dari ibunya. Apabila ibu tidak menunaikan permintaannya, dia memukul tanpa memikirkan siapakah yang dipukulnya itu.

Rakaman video yang memaparkan tindakan remaja terbabit yang berusia 16 tahun itu kelihatan memukul ibunya beberapa kali disebabkan ibunya tidak menunaikan permintaannya yang dikatakan untuk perbelanjaan sekolahnya.

Rakaman video tersebut dikatakan dirakamkan di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang dan sehingga kini telah mendapat puluhan ribu tontonan dari netizen yang kelihatan marah serta mengecam tindakan remaja yang tidak berhati perut itu.

Jelas kelihatan melalui rakaman tersebut remaja itu sedang memakai seluar sekolah dan tanpa rasa kasihan dia memukul ibunya dengan menggunakan tangan kirinya tanpa mempedulikan rayuan ibunya yang menyuruhnya memberhentikan tindakan yang menyakitkan itu.

Dalam video tersebut turut kelihatan seorang warga emas dipercayai nenek remaja terbabit yang sedang berada di ruang tamu menyaksikan cucunya itu memukul anaknya berkali-kali.

Laporan dari The Reporter, kedengaran perbualan dari rakaman tersebut, “Dah! Dah! Esok jangan sekolah. Tak payah sekolah. Ha, tumbuk muka nenek, tumbuk muka nenek yang tak nampak ni,” kata neneknya.

Enggan terus dipukul remaja terbabit, mangsa terpaksa menyerahkan sebahagian duitnya, namun remaja itu meminta ibunya menyerahkan semua duit yang ada di dalam beg tangan itu.

Bukan sahaja tergamak sampai tangan pada ibu sendiri, malah remaja itu sanggup mencaci maki wanita itu, malah mengugut mahu mengancam mangsa jika tidak memberi kesemua wang yang dipinta.

komen netizen

pendapat netizen

kata netizen

Di media sosial, netizen mengecam tindakan biadab dan kurang ajar remaja terbabit yang tidak menghormati ibu kandungnya sendiri dan layak dilabelkan sebagai anak derhaka.

“Inilah hasilnya terlalu memanjakan anak. Hasil terlalu melayan anak seperti raja yang akhirnya menyebabkan ibu bapa menjadi hamba kepada anaknya sendiri,” kata netizen.

Ekoran penularan video tersebut, ribuan netizen telah mendesak pihak berkuasa dengan segera menyiasat tentang perkara tersebut.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0