in ,

Kerana Hanya Sebutir Nasi Yang Telah Dibazirkan, Akan Jadi Asbab Terputusnya Rezeki Bantuan Allah

Biasanya kita selalu sangat merungut banyak benda yang tidak cukup, itu dan ini dalam banyak hal. Namun, kita tidak menyedari bahawa ianya adalah berpunca daripada diri kita sendiri.

Perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puan Anita Hassan ini telah menceritakan tentang apabila kita melakukan pembaziran dengan nikmat nasi yang Allah anugerahkan, rezeki kita boleh juga tersekat dan tidak akan sampai. Allah sememangnya tidak menyukai orang suka menjadikan pembaziran itu satu amalan.

Kerana Sebutir Nasi

Beberapa hari yang lalu, saya dan beberapa orang sahabat berpeluang untuk menziarahi beberapa pondok dan madrasah di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu.

Dalam safar itu, kami sempat singgah di sebuah madrasah yang sangat unik yang terletak di Kampung Apo-apo, Pasir Mas, Kelantan.

Madrasah ini diasaskan oleh Ustaz Nawawi bin Abdullah lebih kurang 11 tahun lalu. Madrasah ini memiliki sekitar 120 orang pelajar, tanpa mengenakan apa-apa yuran. Pelajar madrasah ini ditarbiyah dengan memelihara kambing, memerah susu kambing, dan bercucuk tanam.

Kami dijamu makan tengah hari di rumah Ustaz Nawawi. Ketika makan, beliau banyak memberikan nasihat kepada kami, serta menceritakan pahit manis beliau menjalankan madrasah ini selama lebih 11 tahun.

Di antara yang sangat memberi kesan kepada saya adalah, beliau bercerita,

“Di dalam kitab Fathul Wahhab, pengarangnya menuliskan, SETIAP MAKANAN YANG TIDAK MEMILIKI HARGA DI PASARAN, YANG KITA BAZIRKAN, AKAN MENJADI SEBAB TERPUTUSNYA KITA DARI BANTUAN ALLAH SWT.

“Contohnya seperti sebutir beras, ianya tidak memiliki harga, tapi apabila ianya kita bazirkan, ia sudah cukup untuk menyebabkan kita putus dari nusrah Allah SWT.”

Tak Pernah Seharipun Keputusan Beras.. Rahsianya?

Sejak dibukanya madrasah ini, sangat jarang berkalu madrasah perlu membeli beras. Kerana sentiasa ada orang yang menghantar beras ke madrasah secara percuma.

Tetapi pernah satu ketika, beras habis, tiada lagi orang yang menghantar beras kepada madrasah. Sehingga madrasah terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli beras.

Ini sangat menghairankan, maka saya telah mengumpulkan semua pelajar, dan bermesyuarat bersama mereka. Saya telah tanyakan kepada mereka, menurut kamu semua apakah yang salah dengan amalan kita?

Tiba-tiba seorang pelajar telah bangun dan berkata: ustaz, saya sering melihat banyak nasi-nasi yang dibuang ke dalam tong sampah. Kami telah bermesyuarat supaya pembaziran seperti itu tidak akan berulang lagi.

Maka diputuskan, setiap pelajar tidak dibenarkan untuk bangun daripada talamnya sehinggalah semua habis makan. Selagi talam tidak kosong tiada pelajar yang dibenarkan bangun.

Setelah membuat keputusan begitu, kami dengar sebuah kenderaan masuk ke kawasan madrasah. Kemudiannya terdengar bunyi bising seperti barang dipunggah.

Setelah keluar, kami melihat ada 7 guni beras di hadapan madrasah kami, dan kenderaan itu telah pergi. Sehingga sekarang kami tidak tahu siapa yang menghantar beras itu”.

-alKilawi

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments