in

(VIDEO) Kerana Mekap Dua Wanita Bergaduh di Hadapan Orang Ramai

bergaduh kerana mekap kecantikan

Biasanya pergaduhan antara wanita berlaku adalah kerana persengketaan merebut cinta dari lelaki sehingga sanggup bergaduh sesama sendiri demi lelaki yang dicintai. Tetapi pergaduhan tercetus antara kaum hawa ini kerana mekap atau produk kecantikan, ini sesuatu yang amat jarang berlaku dan pelik.

Melalui satu rakaman video dapat dilihat dua wanita China sedang bergelut, menarik rambut dan bertumbuk antara satu sama lain di sebuah kawasan yang kelihatan seperti kompleks membeli-belah sambil disaksikan orang ramai.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP)di laman Facebook yang berkongsi rakaman video pergaduhan kedua-dua wanita ini, kejadian pergaduhan tersebut berlaku di kawasan bebas cukai di Seoul, Korea Selatan.

Rakaman video yang berdurasi selama 51 saat itu telah menarik perhatian netizen selepas ianya dimuat naik ke laman sosial serta turut menjadi perbincangan hangat ekoran tindakan kedua-dua wanita China itu dianggap sebagai keterlaluan dan memalukan negara.

Rakaman tersebut turut memaparkan kelibat seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki atau pengiring salah seorang wanita terbabit yang dilihat turut menyertai persengketaan tersebut dengan turut memijak salah seorang wanita yang terbabit dalam pergaduhan itu.

Seperti yang dilaporkan SCMP, Kedutaan China di Korea Selatan telah mengeluarkan satu kenyataan yang menasihati warganegara berkenaan supaya ambil giliran sewaktu ingin membeli-belah di negara itu dan juga harus bertindak secara rasional.

Berbagai reaksi netizen dapat dilihat menerusi perkongsian video yang dikongsikan SCMP sehingga rata-rata netizen mengecam tindakan kedua wanita tersebut serta dianggap seperti kanak-kanak kecil yang bergaduh kerana berebut barang.

wanita bergaduh berebut mekap
Cuba bayangkan dua wanita bertinju, tarik rambut tak? – Gambar Hiasan.

Antara komen dan pendapat yang menarik perhatian ramai adalah “tolong berhati-hati, kamu rakyat China. Jangan mencemarkan imej negara anda sendiri” itulah lontaran komen yang disampaikan netizen berkaitan pergelutan tersebut.

Melalui komen itu juga ada yang menyatakan kedua-dua wanita tersebut adalah merupakan ejen jualan barangan kosmetik yang sedang bersaing untuk menarik pelanggan bagi membeli produk kecantikan yang dijual mereka.

Oleh itu, kepada mana-mana wanita, sila jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan jangan sekali-kali bergaduh kerana mekap seperti ini di tempat awam. Ianya satu perkara yang amat memalukan apatah lagi selepas kejadian seperti ini dirakamkan dan disebarkan di seluruh laman sosial.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0