in

Kerana Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar Sewaktu Memandu, Wanita Ini Dihukum Lekat Pada Dinding Di Pejabat

Beijing – Hanya disebabkan tidak memakai tali pinggang keledar sewaktu memandu untuk pergi kerja ke pejabat, seorang wanita di China telah dihukum dilekatkan pada dinding dengan pelekat.

Beberapa gambar yang jadi tular dan dimuat naik di laman sosial Weibo tersebut memaparkan wanita berkenaan dilekat pada dinding pejabat dengan menggunakan pita pelekat.

Wanita itu yang identitinya tidak didedahkan dilekat dengan beberapa lapisan pita pelekat berwarna kuning dan hitam.

Pekerja itu didakwa dihukum kerana melanggar peraturan pejabat yang dikuatkuasakan pada April lalu.

Beberapa rakan sekerjanya dilihat terus bekerja di meja masing-masing dan tidak menghiraukan wanita itu yang melekat di dinding.

Gambar itu dimuat naik di media sosial oleh seorang pengguna yang menggunakan nama akaun TianTianWoShiNiSanGe pada Rabu lalu sebelum tular di Internet.

“Lihat betapa kasihannya rakan sekerja saya yang cantik ini. Dia dihukum selepas majikan kami melihat dia memandu tanpa memakai tali pinggang keledar,” katanya.

Bagaimanapun, nama syarikat di mana wanita itu berkerja dan lokasi gambar itu diambil tidak didedahkan.

Dia juga memuat naik gambar yang menyatakan beberapa peraturan pelik yang ditetapkan majikan di pejabat itu.

Antara peraturan itu adalah dilekat di dinding dengan pita pelekat kerana tidak menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu.

Pekerja wanita boleh mengambil cuti sakit apabila mereka datang bulan, dan pekerja lelaki juga boleh mengambil cuti sekiranya kekasih atau isteri mereka datang bulan.

Berikutnya adalah gambar yang diperolehi dari lama Weibo yang menyatakan kereta tersebut dipandu oleh wanita berkenaan dan telah berjaya dirakamkan melalu kamera litar tertutup CCCTV ketika kejadian.

Waktu bekerja adalah dari jam 11 pagi hingga 5 petang. Sesiapa datang lambat atau balik awal perlu merangkak untuk masuk atau keluar pejabat, lapor Harian Metro.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0