in ,

Kerap Mimpi Pergi Makkah, Pemuda Cina Masuk Islam, Walaupun Ditent4ng habis-habisan Oleh Keluarga

Kerap Mimpi Pergi Makkah, Pemuda Cina Masuk Islam, Walaupun Ditent4ng habis-habisan Oleh Keluarga

Indahnya apabila Allah SWT menghadiahkan hidayah melalui mimpi. Perkara itu dialami seorang pemuda Cina yang memeluk Islam selepas kerap bermimpi ditauliah sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Makkah.

Mohd Dylan Yap Abdullah, 24, atau nama sebenarnya Yap Sheng Mei telah melafazkan dua kalimah syahadah pada 14 Mei tahun lalu, selepas lapan tahun ‘jatuh cinta dalam diam’ terhadap Islam. Mohd Dylan yang mengakui ketenangan luar biasa dialami sebaik bergelar seorang muslim kini sedang mendalami Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Pengkalan Chepa, di sini.

Beliau berkata, tarikannya terhadap agama Islam adalah bermula sejak belajar di sekolah menengah, tambahan pula apabila seorang rakannya pernah menghadiahkan sebuah buku mengenai kisah 25 nabi dan rasul.

“Rakan meminta saya memahami apa yang ada dalam buku itu dan sehari demi sehari selepas membacanya, tarikan semakin kuat untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai Islam.

“Dalam buku itu ada dinyatakan mengenai peraturan dalam Islam, solat lima waktu dan segala yang baik mengenai Islam.

“Namun ketika itu pemahaman saya masih belum jelas dan tiada sesiapa yang boleh dirujuk sehingga tahun lalu saya diberi petunjuk oleh Allah melalui mimpi yang sama selama empat bulan membuatkan saya nekad memeluk Islam.

“Sebaik bergelar saudara baharu, saya belajar mengenai Islam di sebuah surau berhampiran rumah di Sepang, Selangor selama enam bulan sebelum ditawarkan ke IDIP,” katanya seperti dilapor portal Berita Harian. Mohd Dylan berkata, tindakannya memeluk Islam masih belum diketahui secara jelas oleh ahli keluarga, sebaliknya hanya mengetahui hasrat untuk bertukar agama sahaja.

Beliau mengakui sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memeluk Islam, namun ditent4ng habis-habisan terutama ibu yang beberapa kali meng.ugut untuk membun0h diri sekiranya hasrat itu diteruskan. “Bagaimanapun, percaturan Allah sudah ditetapkan saya tetap nekad memeluk Islam,” katanya yang meletakkan jawatan sebagai penyelia di sebuah pasar raya di Selangor demi menuntut ilmu di IDIP yang memakan masa selama tiga tahun.

Beliau yang sudah bertunang dengan seorang gadis dari Klang, Selangor berkata, beliau telah pulang ke rumahnya baru-baru ini ketika cuti perayaan Tahun Baharu Cina, namun menghamp4kan apabila layanan diterima sudah tidak semesra dulu.

Mohd Dylan juga hanya mendiamkan diri ketika dias4k keluarga yang bertanyakan sama ada dirinya sudah memeluk Islam atau belum susulan khuat1r dengan u.gutan ibunya sebelum ini.

“Saya berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Jordan suatu hari nanti dan jika diberi peluang, ingin berkhidmat di mana-mana institusi agama Islam,” katanya.

Bagi kita sentiasa lah Berdoa kepada ALLAH minta hidayah Untuk kita dan semua Orang.

Hidayah adalah sebuah petunjuk dari Allah SWT agar seseorang meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada-Nya. Sebab, hati manusia sangatlah lemah dan mudah sekali berubah-ubah mengikuti kondisi keimanan yang dimilikinya.

Oleh sebab itu, hidayah dan keistiqamahan haruslah selalu dipanjatkan kepada Allah SWT agar ibadah atau perbuatan baik apa pun dapat terus dilakukan tanpa henti. Mengutip buku 99 Doa dan Zikir Harian untuk Muslimah oleh Wulan Mulya Pratiwi, dari Abu Burdah bin Abu Musa, bahwa Ali berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Mintalah kepada Allah SWT hidayah (petunjuk) dan istiqamah di atas kebenaran. Sebutlah Al-Huda (petunjuk), maka engkau akan mendapatkan hidayah petunjuk. Sebutlah As-Sadaad, maka arah panahmu akan lurus sampai tujuan.” (HR. Ahmad)

Hidayah merupakan taufik dari Allah, maka memanjatkan doa sangat dianjurkan bagi siapa saja yang menginginkan hidayah itu datang. Bagi umat Muslim yang sudah terbiasa menjalankan sholat lima waktu, sebetulnya doa permohonan hidayah sudah tercantum di dalam surat Al-Fatihah yang wajib dibaca pada setiap rakaatnya, yakni berbunyi:

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَۙ صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ

Artinya: “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (Yakni) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (QS. Al-Fatihah: 6-7)
Dengan demikian, dapat disimpulkan bahwa sudah seharusnya bagi seorang manusia untuk meminta hidayah dan keistiqamahan kebenaran hanya kepada Allah SWT.

BACA : Adik Istimewa Peserta Hafazan Quran Curi Tumpuan Ramai, Walaupun Buta Mata Tapi Hatinya Terang.

Kredit; Isma Web

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0