in ,

Kerap muncul dalam iklan forex, netizen minta Fizo Omar & Wak Doyok bertaubat

Kerap muncul dalam iklan forex, netizen minta Fizo Omar & Wak Doyok bertaubat

Sebut sahaja mengenai pelaburan tukaran mata wang asing atau forex, ramai mengetahui bahawa hukumnya adalah haram kerana ia melibatkan harta ribawi yang mempunyai unsur-unsur riba.

Pun begitu, masih ramai di kalangan orang beragama Islam masih leka dan melibatkan diri dalam ‘dunia ini’, lebih-lebih lagi terdapat dua orang artis yang dilantik menjadi duta syarikat broker global, OctaFX iaitu Fizo Omar dan Wak Doyok.

BACA : Tampal notis sweet di kereta! Satu… sebab prihatin, kedua sebab nak tebus ‘salah’ dibuat masa isteri tengah berjuang lahir anak

Berapa OctaFX bayar sampai tergamak nak ambil job iklan tu?
Terbaru, tular ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali Furqan Abdulla mempertikaikan bayaran yang diterima oleh dua orang figura tersebut sehingga sanggup mempromosikan sesuatu yang sememangnya salah disisi agama.

Pada masa yang sama, Furqan meminta supaya dua orang selebriti untuk kembali ke pangkal jalan yang benar.

Wak Doyok & Fizo Omar, berapa OctaFX bayar kalian utk promosikan produk mereka? Dah terdesak sangat ke sampai tergamak ambil job iklan forex trading? Sebarang pendapatan/komisen yg kalian peroleh menerusi penglibatan dgn OctaFX adalah tak halal. Bertakwalah kpd Allah!

— furqan abdullah (@furqanyarmouk) June 15, 2022

Aku dah naik menyampah tengok iklan tu. Nak layan Youtube pun tak senang…
Perkongsian itu bukan sahaja menerima kritikan di kalangan warganet terhadap dua orang figura tersebut, malah mereka turut meluahkan rasa menyampah apabila melihat iklan itu ‘muncul’ secara tiba-tiba di saluran Youtube.

Kat MuslimPro pun nak muncul jugak!

Tak adanya nak baca…
Selain itu, ada yang mengatakan ciapan yang berunsurkan teguran dan nasihat kepada mereka itu tidak akan sampai dan dibaca.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0