in

Kereta Kena Double Parking Satu Hari, Doktor Ini Buat Netizen Terkejut

kereta kena double parking

Kes double parking memang kerap berlaku di mana-mana sahaja terutama di kawasan yang sibuk dengan ramai orang yang mempunyai urusan masing-masing. Oleh kerana mereka tiada pilihan maka double park adalah jalan penyelesaian untuk meletakkan kereta untuk sementara.

Tindakan double parking sebenarnya boleh dilakukan dengan betul tak mengira walau betapa pentingnya urusan anda. Kerana kesilapan kita meletakkan kereta tanpa meninggalkan sebarang nombor telefon untuk dihubungi pasti akan menyusahkan pemilik kereta yang lain untuk keluar tempat letak kereta tersebut.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini satu perkongsian daripada seorang doktor yang bernama Dr Aniah yang berkerja di sebuah Hospital di Melaka telah menarik perhatian netizen apabila beliau yang menghadapi situasi double parking telah menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Kereta Kena Double Parking

tak tarik handbrake
Double Parking. Gambar Hiasan via News Strait Times

Apabila anda telah menghalang kereta lain dari keluar (double parking) anda perlu meninggalkan nombor telefon atau release handbrake bagi memudahkan orang lain mengalihkan kenderaan anda.

Semalam sewaktu saya sampai di kereta saya, saya mendapati kereta saya telah dihalang oleh kenderaan yang tidak meninggalkan nombor telefon atau langsung tidak menarik handbrake.

Paling mncabar apabila pemilik kenderaan tersebut langsung tidak kelihatan selepas 5 pengumuman telah dibuat dalam jangka masa 30 minit. Saya kesuntukan masa untuk mengambil anak saya dari sekolah. Saya cuba untuk bersabar dan mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan Grab Car untuk menjemput anak dari sekolah.

Sebelum meninggalkan lokasi kejadian saya sempat meninggalkan nota untuk pemilik kenderaan tersebut bahawa apa yang telah dia lakukan boleh memberikan kesan yang tidak baik dalam kehidupan orang lain.

Nota yang ditinggalkan berbunyi:

kes parking tempat orang
Nota yang ditinggalkan doktor kepada pemilik kenderaan tersebut.

Encik atau Puan, sila tinggalkan nombor telefon kalau block kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit saya menunggu, saya harap Encik tidak mengulangi lagi kesilapan ini. Terima kasih. Dari Dr Aniah.

Kemudian, selepas saya datang semula ke hospital, kereta saya masih lagi dihalang untuk keluar. Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan Grab Car untuk pulang ke rumah dan saya dikenakan bayaran sebanyak RM20 walaupun dekat.

Saya menceritakan tentang kejadian kepada pemandu Grab Car dan dia menyuruh saya menunggu sehingga pemilik kenderaan tersebut datang atau mengambil gambar kenderaan tersebut untuk disebarkan di media sosial. Malahan dia turut menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta berkenaan.

Saya memaklumkan kepadanya saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari berkerja dan hanya menerima ini semua sebagai nasib. Mungkin juga semua yang telah berlaku adalah rezeki pemandu Grab berkenaan. Bagi saya semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.

Pagi ini saya menumpang kawan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan.

Nota tersebut berbunyi:

kereta yang double park
Nota yang ditemui doktor selepas melihat keretanya selepas sehari ditinggalkan.

Saya mohon maaf di atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin sampai terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan kemaafan atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.

Apabila saya membaca nota itu saya terus merasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa-apa perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan menuju ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.

Saya tidak boleh mengawal situasi yang telah terjadi namun saya masih mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya. – Dr Aniah Azmi.

Perkongsian doktor ini telah menarik perhatian ramai netizen serta turut menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai supaya lebih bersabar apabila menghadapi ujian yang sama seperti ini.

netizen komen
Antara komen netizen tentang perkongsian Dr Aniah
komen netizen
Antara komen dan pendapat netizen tentang perkongsian Dr Aniah
pendapat netizen
Antara komen netizen tentang perkongsian Dr Aniah

Baca juga : Tanda-Tanda Awal Gearbox Kereta Anda Mengalami Kerosakan & Cara Mudah Untuk Memperbaiki, Jangan Ambil Mudah!

Semoga tindakan doktor ini yang menangani masalah ini dengan baik dan ikhlas dapat diikuti oleh semua rakyat Malaysia.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments