in

Kes Cabul, Apa Nak Jadi? Orang Ramai Hanya Ketawa Tengok Gadis Dicabul Lelaki Dalam LRT Ke Masjid Jamek

kes cabul

Hampir setiap hari pasti ada sahaja berita yang kita dengari berkaitan dengan kes cabul yang membabitkan wanita atau gadis yang menjadi mangsa di luar sana. Lebih mengejutkan lagi, kebanyakan kes demikian dilaporkan berlaku di tempat-tempat awam yang mempunyai ramai orang dan lebih menyedihkan orang ramai dilihat seperti tidak ingin memberikan sebarang pertolongan malahan lebih suka hanya melihat dan menonton kejadian tersebut di depan mata.

Terbaru, satu kes cabul yang melibatkan seorang gadis remaja perempuan dilaporkan telah dicabul sewaktu berada dalam LRT ketika gadis terbabit dalam perjalanannya dari Pasar Seni untuk ke Masjid Jamek pada 14 Disember lalu, lapor mStar.

kes cabul
© Twitter Dhabitah Zainal

Gadis terbabit dikatakan telah diganggu sewaktu berada dalam LRT apabila ada seorang lelaki tanpa segan silu telah menggosok dan mengeluarkan kemaluannya di hadapan gadis berkenaan.

BACA : Lelaki Ditangkap Selepas Pasang Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Rumah Untuk Rakam Kak Ipar Mandi

Menurut sumber, sewaktu kejadian kes cabul tersebut berlaku, gadis berkenaan yang dalam ketakutan telah menjerit meminta pertolongan dari orang ramai yang ketika itu turut sama berada dalam LRT. Walau bagaimanapun, sungguh mengejutkan apabila ada beberapa orang awam dalam LRT tersebut hanya mentertawakannya.

LRT
Gambar Hiasan. © Asian Images

Lebih menyedihkan lagi, seorang pekerja RapidKL yang turut sama berada di situ dilaporkan langsung tidak menghulurkan sebarang bantuan. Malahan, turut membiarkan suspek terlepas begitu sahaja biarpun gadis terbabit telah menerangkan secara terperinci tentang kejadian dan juga fizikal suspek terbabit.

Rakan mangsa yang turut bersimpati dengan kejadian yang telah dialami mangsa telah memuat naik satu status di laman Twitter sebagai cara atau inisiatif supaya pihak RapidKL membuka mata dan dapat menangkap lelaki berkenaan. Walau bagaimanapun, dia telah mendapat ancaman daripada seseorang yang seperti tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu.

Kenyataan Kes Cabul
© Twitter Dhabitah Zainal

Gadis terbabit juga turut memaklumkan bahawa dia turut meminta rakaman CCTV daripada pihak RapidKL, namun dia kecewa selepas RapidKL dilaporkan enggan memberikan kepadanya sedangkan dia telah pun membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.

Pada keesokan harinya, pihak RapidKL dilihat telah membuat kenyataan melalui laman rasmi mereka di Twitter bahawa suspek kes tersebut telah berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

BACA : Bapa Tiri Ditahan Polis Selepas Didakwa Ambil Kesempatan Mencabul Anaknya Ketika Isteri Keluar Dari Rumah

Tetapi, sebenarnya, suspek tersebut bukanlah lelaki yang dikatakan menganggu gadis terbabit. menurutnya, suspek itu adalah ‘pervert’ bagi kejadian lain yang turut berlaku pada ketika itu.

Kes cabul
© Twitter Dhabitah Zainal

Kes tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dan komen netizen yang rata-rata antara mereka dilihat marah dengan kelakuan pihak RapidKL yang disifatkan seolah-olah menanggap kejadian tersebut sebagai perkara biasa sahaja walaupun mereka sedar kejadian tersebut membabitkan keselamatan dan maruah golongan wanita.

Kes cabul dalam LRT
© Twitter Dhabitah Zainal
kes cabul
© Twitter Dhabitah Zainal

Terkini, pihak RapidKl sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman CCTV yang mereka mahukan itu telah diserahkan kepada pihak PDRM dan turut mengharapkan pesalah tersebut dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja