in

(VIDEO) Kes Langgar Lari Wanita Kakitangan TM Tular di Laman Sosial

kemalangan langgar lari

Satu rakaman video kes langgar lari kini tular di laman sosial yang memaparkan seorang wanita dilanggar oleh kereta yang melulu sehingga menyebabkan kematian wanita terbabit menarik perhatian ramai netizen yang bersimpati dan marah dengan kejadian tersebut.

kemalangan yang menyedihkan
Ketika mangsa melintas jalan secara tiba-tiba kereta tersebut melanggar dan menyeret mangsa.

Wanita terbabit dilaporkan adalah seorang kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) Unifi yang ketika itu ingin melintas jalan selepas membeli minuman teh ais di salah sebuah kedai yang berdekatan lokasi kejadian.

Menurut laporan Utusan, mangsa yang dikenali sebagai Wan Amirah Wan Alias berusia 31 tahun itu adalah Penolong Pengurus GTM Event Sales telah meninggal dunia pada pagi ini ekoran terbabit dalam kemalangan tersebut.

Melalui rakaman video yang dipercayai dirakamkan menggunakan rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian jelas menunjukkan mangsa telah dilanggar serta diseret oleh sebuah kereta dalam keadaan laju.

Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut dan juga dilaporkan akan disemadikan di Masjid Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) selepas solat Asar pada hari ini.

Kes kemalangan ini telah dikongsikan oleh netizen di laman sosial Facebook dan rata-rata diantara mereka telah menggesa pihak polis untuk membuat siasatan dengan segera agar si pelaku ditangkap dan diberikan hukuman setimpal di atas apa yang telah berlaku.

kemalangan maut
Berkemungkinan pemandu kereta tersebut panik tetapi melarikan diri, mengapa?

Walau bagaimanapun, perkongsian gambar dan video di Facebook yang dipercayai dari rakan mangsa menyatakan suspek adalah warga Pakistan dan memandu kereta jenis Hyundai berwarna putih.

Ada netizen berpendapat pemandu kereta berkenaan mungkin mabuk atau tidak sengaja serta panik yang menyebabkan terjadinya kes langgar lari sehingga menakutkan dirinya lalu individu berkenaan mengambil keputusan untuk beredar dari tempat kejadian kerana ketakutan.

Walau apa sekalipun alasannya, sebagai pesalah, pemandu berkenaan tidak sepatutnya melarikan diri, mungkin tindakan sebegitu akan menyebabkan hukuman menjadi lebih berat lagi. Apa pun serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan tentang kes langgar lari ini.

Kepada semua ahli keluarga mangsa, kami doakan semoga anda terus bersabar dan redha serta menerima kejadian kemalangan ini dengan tenang. Al-Fatihah.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments