in

Lelaki Terasa Ditipu Selepas Pesanan Pencuci Mulut Sangat Sedikit Tidak Sama Seperti Dalam Gambar Di Sebuah Restoran

kes tipu pencuci mulut

Biasanya, ramai di antara kita akan terpesona dengan iklan bergambar yang menunjukkan makanan yang sedap dan banyak lalu memasang impian untuk makan di situ. Walau bagaimanapun, pasti anda merasa tertipu apabila anda makan di situ makanan yang dihidangkan tidak sama seperti di dalam gambar dan kandungan juga sangat sedikit menjadikan kita sangat kecewa.

Inilah yang berlaku kepada seseorang lelaki yang terasa telah ditipu selepas beliau mendapati menu pencuci mulut yang dipesannya di sebuah restoran di Puchong tidak sama seperti yang terpapar di dalam gambar dimana kandungannya sangat sedikit dan mengecewakannya. Jika tidak sama bentuk dan rupa makanan tersebut mungkin boleh dipertimbangkan tetapi kandungannya yang sangat sedikit akan menjadikan pelanggan akan tidak berpuas hati.

Melalui perkongsian beliau yang dikenali sebagai Wong melalui akaun Facebook miliknya turut memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan makanan pencuci mulut yang ingin dimakannya langsung tidak sama dengan gambar seperti yang diiklankan sehingga mendapat perhatian ramai netizen yang turut berpendapat Wong seolah tertipu.

kes tipu pesanan pencuci mulut di sebuah restoran
Gambar pencuci mulut yang diambil oleh Wong.

Berikutnya kenyataan Wong ketika berada di restoran berkenaan menerusi posting Facebook miliknya sehingga tersebar dan jadi viral.

“Saya telah memesan pencuci mulut ais mangga yang dicampurkan dengan sagu dan susu. Apabila ia dihidangkan, makanan itu dilihat kurang separuh daripada apa yang ditunjukkan dalam gambar. Pelayan restoran itu menjelaskan bahawa sememangnya terdapat beberapa perbezaan antara gambar dan produk yang sebenar.

“Saya bertanya jika saya boleh membatalkan pesanan pencuci mulut saya itu kerana saya terasa saya telah ditipu. Pelayan tersebut dilihat memaklumkan kepada dua orang yang kelihatan seperti pengurus restoran itu. Selepas itu hampir lima minit saya masih menunggu jawapan dari mereka”.

Akibat tidak berpuashati dan melihat Wong membuat bising, salah seorang daripada pengurus restoran tersebut datang kepadanya. Apa yang mengejutkan, Wong diberitahu bahawa ais tersebut akan cari dan apabila ais cair, pencuci mulut itu kelihatan sedikit dan akan nampak perbezaan dengan gambar yang dipaparkan.

Baca : Viral Budak Sekolah Kecik-kecik Pandai Buat Bisnes Tarik Perhatian Netizen

Sebagai jalan penyelesaian, pengurus restoran berkenaan memberikan Wong semangkuk lagi pencuci mulut yang sama. Namun, Wong tidak mahu menerimanya dan membatalkan pesanan tersebut kerana bukannya sebab ingin makan banyak tetapi kerana terasa ditipu.

Pencuci mulut tidak sama seperti dalam gambar
Gambar sebenar selepas Wong menerima pesanannya di restoran terbabit.

Perkongsian telah mendapat perhatian ramai netizen dan turut tersebar di media sosial sehingga ada netizen turut mengakui bahawa mereka pernah mengalami pengalaman yang sama seperti Wong di restoran terbabit.

“Mengapa pihak restoran tidak boleh memberikan sedikit ais lagi? Betapa mahalnya ais itu”, kata seorang netizen.

“Saya pernah sampai di restoran ini sebelum ini dan memang betul makanan dalam gambar langsung tidak sama seperti yang dipesan”, kata netizen terbabit.

Restoran yang menjadi perhatian netizen pada masa ini terletak di IOI City Mall, Puchong. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kisah dan kebenaran perkongsian ini anda boleh merujuk ke akaun Facebook milik Wong.

Pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama di tempat lain bukan? Terkadang pengusaha restoran seperti ini sengaja mengambil kesempatan kerana memikirkan keuntungan semata-mata bukannya kepuasan pelanggan yang menjadi keutamaan mereka.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments