in

Ketagihan Gajet Jadikan Mata Anak Kadang Juling Kerana Silap Mak Ayah

kesan penggunaan dan ketagihan gajet

Pendedahan dan penggunaan gajet kepada kanak-kanak atau anak kecil pasti meninggalkan kesan yang sangat bahaya sehingga ia mampu menjejaskan deria penglihatan dan akan menyebabkan ketagihan gajet yang melampau selain beberapa risiko lain yang sangat menakutkan.

Perkongsian seorang ibu yang dikenali sebagai Juliana Aziz ini pasti akan membuka mata ramai ibu bapa apabila beliau berkongsi tentang bagaimana anaknya yang mengalami simptom lazy eye hanya kerana ketagihan anaknya terhadap gajet sejak kecil. Disebabkan itu beliau mahu berpesan kepada semua mak ayah supaya menangani masalah ini sebelum ia berlaku terhadap anak-anak anda semua.

Semoga perkongsian ini akan mampu memberikan kesedaran terhadap semua ibu bapa penjaga yang mempunyai anak kecil selain akan membantu mereka agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ketagihan gajet adalah sangat merumitkan jika tidak dibendung dan ia juga akan memudaratkan kanak-kanak.

Bahaya Ketagihan Gajet Terhadap Kanak-kanak

akibat anak sering main hp
Jangan biarkan anak anda bermain handphone dengan kerap tanpa pemantuan orang dewasa.

Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar kepada anda semua. Ingatlah, jangan sekali-kali bagi anak kecil anda bermain dengan handphone atau apa saja jenis gadget kerana akibatnya tidak pernah anda sangkakan.

Dhiya kini sudah berjaya dipisahkan dari gajet sejak hampir dua tahun lalu, tapi mata kanannya yang dibuka itu sehingga ke hari ini kadang-kadang kelihatan juling sedikit.

Dulu dia banyak tengok skrin handphone atau tab sejak usia setahun lebih sehingga usianya dua tahun lebih. Ia mengambil masa beberapa bulan juga dan saya telah bersepakat dengan suami, untuk sorok segala gajet dan sedaya upaya untuk elakkan menggunakan handphone di depannya. Kami struggle pisahkan dan rawat segala keinginan dan ketagihannya pada handphone.

Alhamdulillah, sekarang dia sudah tidak peduli pun kalau kita menggunakan handphone di depannya melainkan kalau dia nak tengok video yang menarik perhatian telinganya, pantas dia akan bertanya “Apa tu? Dhiya nak tengok juga boleh tak?“. Kini dia lebih peka dan pantas memberikan respon kalau dipanggil atau meminta dia buat sesuatu.

Bulan lepas dah jumpa ibu saudara kami, Makcik Mastura Mustaffa (pemilik Optometris Siti Mastura) dan meminta dia memeriksa mata Dhiya, betul ke tak itu simptom ‘lazy eye‘ seperti yang saya baca di internet.

Kebetulan ketika kami jumpa semasa pulang ke kampung di rumah mertua saja dan tak ada alat kelengkapan untuk melakukan pemeriksaan secara terperinci. Dia hanya periksa dengan beberapa langkah dan menyarankan kami supaya beli patching atau topeng mata lanun untuk menutup matanya yang tidak terjejas itu dan membiarkan mata kanan yang kadang-kadang juling itu ‘berkerja’.

Ini sebab mata Dhiya ini lazy eye di tahap mild, belum betul-betul teruk. Tetapi kalau selepas amalkan pemakaian patching mata kiri itu pun masih juga tiada menunjukkan apa-apa perubahan positif, dia akan membawa Dhiya untuk mendapatkan rawatan dengan doktor pakar mata di Klinik Mata UIA Kuantan.

Katanya kalau di United Kingdom, adalah menjadi perkara biasa jika nampak budak-budak pakai patching eye seperti ini kerana kebanyakan mereka tahu cara merawat mata kanak-kanak yang mengalami ‘lazy eye‘ menggunakan cara itu.

kesan negatif penggunaan gadget
Ibu bapa wajib memantau anak daripada terus menjadi ketagih bermain dengan telefon.

Kemudian, tiga minggu selepas bawa Dhiya buat pemeriksaan mata dengan rakan saya, Ab Adamia, di kedai optikal Focus Point di East Coast Mall Kuantan untuk memeriksa matanya rabun atau tidak, rupanya mata kiri rabun ±50, manakala mata kanan yang bermasalah itu rabun silau ±100!

Katanya, result’s accuracy dari alat pemeriksaan mata berkomputer itu cuma 80% saja. Jadi, lebih baik bawa Dhiya berjumpa dengan doktor pakar mata untuk mendapatkan pengesahan tahap rabun matanya menggunakan alatan-alatan yang lebih baik dan turut menjalani beberapa prosedur sebab Dhiya masih kecil dan muda.

Mama dan papa minta maaf sebab kurang bijak dan tersilap langkah apabila memberi Dhiya bermain handphone dan tab masa Dhiya masih kecil dulu. Kami masih mencuba sedaya upaya untuk merawat semula mata Dhiya. Semoga mata Dhiya kembali pulih. Aamiiinnn.

Untuk pengetahuan anda, Dhiya ini dulu taklah main handphone atau ketagihan gajet sepanjang masa setiap hari. Dia memang seorang budak yang sejak dari kecil amat suka melayan buku-buku dan flash cards ABC, nombor, baca muqaddam etc dan setiap hari banyak mainan yang dia selalu main serta tak pernah lupa untuk sepahkan rumah.

Bukanlah dia menghadap handphone saja setiap masa. Dulu mamanya ada juga buat online business untuk beberapa tahun, jadi memang mamalah yang lagi banyak menggunakan handphone berbanding Dhiya.

Apa pun, kesilapan itu telah pun berlaku apabila kami bagi dia bermain handphone semasa dia berumur setahun lebih, kononnya bagi sekejap di waktu kami rasa perlu pada ketika itu. Contohnya semasa nak mengelakkan dia mengacau saya ketika memasak di dapur. Tetapi dia dah tak mahu main mainan kononnya untuk memastikan dia duduk diam sekejap waktu nak suapkan dia makan, atau waktu dia meragam di dalam car seat bila travel ke mana-mana dan sebagainya.

Apabila dia semakin membesar, dia dah mula pandai ambil dan buka sendiri handphone saya dan juga telefon suami. Apabila kami mula lock menggunakan password, dia pasti akan menangis-nangis meminta handphone itu dibuka dengan segera dan dia nak tengok video kartun.

Baca : Bengkok Tulang Belakang Kerana Postur Tidak Betul Ketika Bermain Telefon

Tindakan yang kononnya bagi dia main handphone di waktu yang perlu itu sahaja akhirnya meninggalkan kesan yang buruk kepada anak sulung kesayangan kami ini. Kami mula berkeras melarang dan tidak membenarkan lagi dia bermain handphone hampir dua tahun lalu bila perasan dia mula ada simptom ketagihan gajet untuk bermain handphone.

Pada masa yang sama, dia semakin kerap mengadu pening, sakit kepala dan mengosok-gosok mata. Ketika itu mata kanannya masih belum kerap juling seperti sekarang dan kami terbaca artikel-artikel tentang betapa bahayanya kesan pendedahan gajet pada mata, minda dan juga emosi kanak-kanak.

mata rosak akibat bermain hp
Jika mata anak rosak akibat ketagihan gajet, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan.

Dalam tempoh beberapa bulan kami suami isteri dan juga Dhiya sendiri struggling untuk memisahkannya dari handphone, rawat rasa keinginan atau ketagihan gajet diri dia pada handphone itu dan kebetulan mata kanan dia baru mula juling-juling sekejap.

Hampir dua tahun juga Dhiya telah dipisahkan dengan handphone. Hujung bulan ini dia akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang keempat dan pada tahun depan dia akan mula masuk pra-sekolah.

Semoga mata Dhiya cepat sembuh segera dan pulih semula seperti biasa supaya dia tidak lagi perlu memakai topeng mata lanun itu bila dah belajar di pra-sekolah dengan kawan-kawannya.

Untuk ibu bapa di luar sana yang kini dalam dilema dan kesukaran bab anak yang ‘jatuh hati dan jatuh cinta’ dengan gajet, pisahkanlah dengan segera, ceraikanlah sepenuhnya anak anda dari gajet secepat mungkin terutamanya yang berusia bawah tujuh tahun. Rawatlah ketagihan mereka pada gajet sebelum terlambat dan sebelum sesuatu yang buruk akan berlaku.

Saya tak kata ianya mudah dan senang, tetapi semuanya mengambil masa, stress dan usahakan sehinggalah berjaya dan ianya pasti sangat berbaloi. Semoga perkongsian panjang berjela ini akan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan peringatan buat anda semua yang mempunyai anak kecil, baik anak sendiri mahupun anak saudara waima cucu sekalipun. – Juliana Aziz.

Baca : AWAS! Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama, Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

Jadi, sebagai seorang ibu atau bapa adalah wajib untuk anda memantau serta memberikan perhatian penuh terhadap anak anda. Janganlah perkara sebegini boleh berulang lagi kepada anak kita sendiri. Sebenarnya, ketagihan gajet kepada kanak-kanak boleh dielakkan dengan bantuan penuh dari mak ayah dan ahli keluarga. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Loading…

0

Comments