in ,

Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Demam? (Fakta dan Mitos)

khasiat air kelapa muda untuk kesihatan

Khasiat air kelapa muda untuk demam dan merawat berbagai jenis penyakit? Malahan dikatakan kelebihan buah kelapa ini terlalu banyak dan amat berguna kepada kesihatan manusia. Mungkin ramai yang tidak menyedari dan tak tahu akan kebaikan buah kelapa kepada kita.

Bagi masyarakat Melayu di Malaysia kebanyakannya memang menggunakan air kelapa muda untuk menurunkan suhu demam bukan sahaja untuk orang dewasa lelaki dan wanita malahan kepada bayi juga ibu hamil dan beberapa tujuan lain yang digunakan untuk melegakan berbagai penyakit.

Kebaikan dan Khasiat Air Kelapa Muda

kebaikan air kelapa dan ubat untuk demam
Buah kelapa muda sering dijadikan minuman segar untuk hilangkan dahaga.

Sejauh mana kesahihan kelebihan dan kebaikan air kelapa, nyor, nyiur atau nyior kepada kesihatan kita? Sebenarnya sudah terlalu banyak kajian yang telah dilakukan oleh para pakar mengkaji tentang khasiat air kelapa kepada manusia dan antara kebaikannya yang tersendiri adalah seperti yang berikut:

Menurunkan Berat Badan

Air kelapa dapat membantu mengurangkan berat badan apabila meminumnya akan menyebabkan kenyang dan tidak berselera makan kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi malahan kandungan lemak dalam airnya terlalu rendah.

Penjagaan Kecantikan Kulit

Kelebihannya terbukti apabila mereka yang mempunyai jerawat dan masalah kulit mencuci dan membilas menggunakan air kelapa mampu memperbaiki tona kulit dan wajah selain ia mampu melembabkan kulit selepas diminum airnya. Ini terbukti kerana banyak produk kecantikan menjadi buah kelapa sebagai bahan utama yang kini dijual di pasaran.

Mengatasi Masalah Pencernaan

Air kelapa membantu melegakan masalah pencernaan dengan efektif dan ia terbukti kerana kadar serat yang tinggi dimilikinya akan memberikan kelegaan kepada masalah ketidakcernaan serta mengurangkan kadar berlaku refluks asid yang berkaitan dengan pencernaan.

manfaat minum air kelapa setiap hari
Dari pokok kelapa dan buahnya semuanya amat berguna dalam kehidupan manusia. – Asian Images

Mengalakkan Penghidratan

Air dari buah kelapa dipercayai sangat berkesan untuk menghidratkan badan dan sangat efektif berbanding dengan minuman isotonik untuk sukan yang banyak dijual. Air buah kelapa mampu mengembalikan kehilangan air dan mineral dalam badan selepas kita bersukan atau mengeluarkan peluh dalam apa jua aktiviti.

Kaya Dengan Nutrien dan Vitamin

Ia juga mempunyai dos vitamin yang sangat tinggi serta turut mempunyai nutrien penting bagi mengekalkan kesihatan badan yang lebih baik. Dalam setiap cawan air kepala mempunyai begitu banyak vitamin dan juga mineral yang sangat berguna untuk manusia selain memberikan tenaga.

Menurunkan Tekanan Darah

Kadar elektrolit dalam badan yang tidak seimbang boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh akan lebih meningkat. Tugas air istimewa ini akan bertindak sebagai mekanisma bagi mengimbangkannya semula darah kita.

Nutrisi Yang Tinggi

Air kelapa terbukti mempunyai 5 jenis elektrolit penting yang sangat baik untuk manusia iaitu kalsium, fosforus, potasium, magnesium dan sodium. Kerana keunikan komposisinya yang sangat istimewa ia boleh diminum oleh sesiapa sahaja tanpa mengira anda mempunyai penyakit apa sekalipun.

Fakta dan Mitos Air Kelapa

kelebihan dan kebaikan air kelapa
Air kelapa muda ais mampu menghilangkan dahaga menggantikan air mineral atau isotonik.

Pasti ramai yang biasa mendengar tentang kebaikan dan khasiat air kelapa dalam kehidupan kita hari ini namun kita sendiri masih tertanya-tanya adakah benar seperti yang dikatakan. Berikutnya adalah fakta dan mitos khasiat air nyor yang diterangkan oleh badan Kerajaan secara terperinci.

Fakta

Air kelapa dapat menjadi penawar sementara tubuh beracun
Air kelapa mampu melarutkan racun dalam perut, namun ia bersifat sementara.

Minuman air kelapa awet muda
Air kelapa mengandungi vitamin C yang baik untuk kesegaran kulit.

Mitos

Air kelapa membuat badan lemah
Air kelapa mengandungi nutrisi karbohidrat, asam amino, vitamin dan ion yang memberi tenaga.

Minum air kelapa akan mempercepatkan kelahiran bayi
Hingga kini belum ada bukti saintifik berkenaan dakwaan ini. Bagaimanapun, ia berkhasiat untuk ibu hamil dan janin kerana mengandungi zat gizi.

Lelaki minum air kelapa lemah syahwat
Secara umumnya masalah berkenaan disebabkan faktor tekanan dan sebagainya.

Air kelapa penyebab sakit jantung
Air kelapa mengandungi kalium yang dapat membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung.

Jangan minum air kelapa ketika diet
Kajian mendapati air kelapa tidak menyebabkan kegemukkan kerana yang membuatkan kegemukan adalah santan dan isi kelapa.

Ibu hamil bagus minum air kelapa untuk kesuburan rambut
Hamil atau tidak, minum air kelapa memang menyegarkan.

Baca : Khasiat Daun Sukun Sangat Mujarab Merawat Berbagai Jenis Penyakit Kronik Yang Ramai Belum Tahu!

Manfaat dan Kebaikan Air Kelapa

Berikutnya adalah rakaman video di YouTube daripada Astro Awani yang mengupas serba sedikit tentang manfaat dan kebaikan air kelapa muda yang menjadi kegemaran ramai orang di serata dunia.

Semoga perkongsian kebaikan dan khasiat air kelapa dalam kehidupan kita dapat membantu anda memahami dan mengetahui dengan lebih lagi tentang buah yang serba guna ini. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments