in

Panduan Untuk Khunsa dan Mualaf Tunai Umrah Dari Adam Corrie

panduan untuk khunsa dan mualaf tunai umrah

Sesuatu yang bermanfaat diwajibkan dikongsi untuk sesiapa sahaja di dunia ini dan inilah tuntutan agama Islam. Setiap manusia pasti ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri begitu juga dalam soal amal ibadat, tidak semua orang tahu tentang hukum untuk menunaikan ibadat dengan betul termasuk golongan LGBT, Khunsa dan Mualaf.

Apabila anda ragu tentang satu perkara berkaitan dengan hukum hakam dan sebagainya, pasti anda tidak ada keyakinan untuk bertanya memandangkan kekurangan diri seperti Khunsa dan Mualaf dan sebagainya.

pendaftaran haji tanpa deposit RM1300
Semua umat Islam digalakkan untuk menunaikan umrah jika ada kemampuan.

Tetapi mengapa malu? Contohnya Khunsa dan Mualaf, seorang Khunsa ingin menunaikan umrah tetapi ragu-ragu kerana dirinya diciptakan sebegitu dan begitu juga seorang Mualaf yang mempunyai tatu, dek kerana tatu yang banyak sukar baginya untuk mendapatkan jawapan tepat di khalayak umum.

Tips dan Panduan Untuk Khunsa dan Mualaf Tunai Umrah

Mulai sekarang kepada golongan Khunsa dan Mualaf tidak perlu lagi was-was dan malu untuk mendapatkan jawapan tentang hukum yang berkaitan dengan Islam kerana Adam Corrie yang dikenali ramai telah berkongsi bagaimana golongan seperti dapat menunaikan umrah dengan tenang berdasarkan pengalaman dan pengetahuan beliau sendiri.

Macamana orang yang ada tattoo dan lelaki khunsa yang dada seperti wanita nak pakai ihram ketika mengerjakan umrah & haji?

Ketika pertama kali saya hendak mengerjakan umrah dulu, saya dinasihatkan oleh ustaz, ketika tawaf tak perlu berihram ittiba’, cukup hanya ihram biasa sahaja.

Ihram untuk umrah
Via Adam Corrie Lee

Demi menjaga pemandangan jemaah lain dari fitnah dan mereka berkata-kata di dalam hati.

Tak faham boleh rujuk dgn ustaz-ustaz yang bertauliah. Saya bukan ustaz, saya hanya seorang artis cina muslim.

Islam itu indah & mudah.. jika kita faham.

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#AdamCorrieLee

Siapa sangka semua ini sangat mudah, walau lelaki mualaf yang mempunyai banyak tatu di badan sekalipun, perkara ini langsung tidak menghalang mereka untuk menjalani ibadah umrah seperti orang Islam yang lain.

ibadah umrah
Setiap ibadah yang dilakukan perlulah ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Anda disarankan menggunakan hanya Ihram biasa saja sebagai syarat untuk mengelakkan sebarang fitnah dan juga tidak akan menjejaskan perjalanan ibadah jemaah yang lain yang turut sama mengerjakan umrah.

Walau sesiapapun anda, anda dinasihatkan merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang hukum Allah seperti ustaz-ustaz yang bertauliah untuk mendapatkan segala panduan, kemusykilan dan jawapan untuk persoalan yang berkaitan.

Adam Corrie telah berkongsi sesuatu yang sangat bermanfaat iaitu ilmu pengetahuan yang sangat bernilai dan khas untuk mereka dari golongan ini. Semoga panduan untuk khunsa dan mualaf ini serta semua pengetahuan dan ilmu yang anda dapat ini dapat dipraktikkan dengan lebih baik.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments