in

[VIDEO] DAH BEBERAPA BUIAN TIDUR DI TANGGA KLCC, NETIZEN SEB4K BILA TAHU KISAH SEDIH WARGA EMAS INI

warga emas
w

Setiap manusia mempunyai jalan hidupnya masing-masing. Ada yang diberi kesenangan, ada juga yang diuji dengan kepayahan.  Namun, hakikatnya kita sebagai manusia hanya mampu menjalani segala takdir yang ditetapkan dengan sebaiknya. 

Terdapat satu kisah viral baru-baru ini yang berjaya menarik perhatian ramai. Kisah tersebut adalah mengenai seorang lelaki warga emas yang berkemungkinan besar berusia 50 tahun ke atas, didapati tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan hanya tidur di kawasan tangga yang terletak di sekitar pusat beli belah KLCC. 

Warga Emas Tidur Di Tangga

warga emas

Kesusahan yang dialami oleh lelaki yang juga merupakan seorang warga emas itu berjaya dirakam oleh seorang pengguna akaun Tiktok yang ingin dikenali sebagai Aisyah. 

Menerusi video yang dimuat naik, Aisyah mendedahkan bahawa warga emas berkenaan sudah beberapa buIan tidur di tangga sekitar KLCC kerana tidak mempunyai rumah dan tiada ahli keluarga untuk bergantung harap.

Menurut pengguna Tiktok itu lagi, dia bersama rakannya terjumpa pak cik tersebut semasa tiba di KLCC dan terjumpa semula pak cik tersebut di kawasan tangga. Mereka pun mengambil kesempatan untuk menyapa pak cik tersebut. Rupanya ada kisah sedih disebalik warga emas yang ke hulur-hilir ini. 

@aishahramly96

semoga Allah mempermudahkn segala urusan pakcik,sdah berape bulan tidur ditangga jer..sebak rasa aty,terus teringat org tua dikampung…ada yg lebih susah…#fyp#ebitlew#mohonbantuan#klcclrtstation#jkm#NGO#sedih#bersamamu#agensibantuan#fypbantuan[email protected]

♬ original sound – JESBON76 – JESBON76

Anak & Isteri Sudah Meninggal

Menurut maklumat yang dikongsikan, anak dan isteri warga emas tersebut sudah meninggal dunia. Sehubungan dengan itu, beliau tiada arah untuk dituju dan berharap agar ada pihak yang sudi membantu dirinya untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa. Beliau juga bersedia sekiranya ditempatkan di rumah orang-orang tua atau rumah kebajikan.

Berikutan itu, pengguna akaun Tiktok itu war-warkan sekiranya ada insan yang sudi memberi pertolongan tempat tinggal kepada pak cik tersebut atau mengetahui proses untuk mendapatkan tempat di rumah orang-orang tua atau rumah kebajikan. 

Ruang Komen Dilimpahi Dengan Rasa Simpati

Apabila menjengah ke ruangan komen video tersebut dimuat naik, sebahagian besar warganet yang menonton video tersebut menzahirkan rasa simpati kepada pak cik tersebut. Tidak kurang juga yang menawarkan tempat tinggal untuknya. 

Apa-apa pun, semoga urusan pak cik tersebut dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Tuhan daripada sebarang keburukan. Semoga juga ada insan yang benar-benar dapat membantu pak cik tersebut untuk mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa. 

Sumber : @aishahramly96 / ohbulan

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0