in

Jangan Suka Komen Rumah Tangga Orang Sedangkan Kita Belum Duji

jangan sibuk hal rumah tangga orang

Betul kata orang mulut ibu itu masin dan apa yang kita sangka dan kata itu ibarat doa serta ia terkadang berlaku dengan apa yang telah kita cakap tu. Sama juga dengan jangan suka komen rumahtangga orang sedang ruma htangga kita sendiri belum diuji lagi.

Pesanan ini datangnya daripada seorang wanita pengguna Facebook yang berpesan kepada semua orang terutamanya suami isteri supaya jangan suka komen rumah tangga orang di laman Facebook sedang rumahtangga kita sendiri belum tentu baik di masa depan.

Andai kata kita ada komen dan mengutuk tentang rumah tangga orang bahawa suami itu tidak bagus dan isteri ini kejam dan sebagainya, secara tiba-tiba terjadi pada batang hidung sendiri selepas itu, macamana agaknya? Ikuti perkongsian Puan Intan Dzulkefli.

Jangan Suka Komen Rumah Tangga Orang

Last year, saya pernah jadi follower tegar page KRT . Sampai satu masa saya jadi terlebih emo sebab terlalu beria membaca masalah-masalah rumahtangga orang lain.

Jenis saya, saya suka bercerita balik apa yang saya baca itu dengan suami. & ternyata suami saya tidak sukakan hal itu (sebab bila bercerita tentang kes suami bermasalah, hujung ayat saya akan warning dia jangan buat sebegitu).

jangan sibuk menilai hal orang

Sehinggalah senyap-senyap rupanya suami saya unlike page itu & unfollow friends yang aktif di page itu kerana dia tidak sukakan pengaruh yang membaja dalam diri saya.

Dia juga pernah memberi teguran, yang saya masih terkesan.

Jangan terlalu ghairah memberi komen rumah tangga orang lain; seolah kita takkan diuji, sedangkan mungkin sahaja kita belum diuji. Tahajjud kita sahaja belum sempurna setiap malam, petanda begitulah kerdilnya kita ini.

Siapa kita mahu memberi komen rumahtangga orang lain sedang kita pun tidak pasti samada Allah sedang meredhai rumahtangga kita ataupun tidak.

jangan sibuk mencari yang sempurna

Allahuakbar.

Tak tahulah orang lain, tetapi saya rasa hidup lebih okay tanpa membaca terlalu banyak masalah (read: negatif) & jujurnya pernah sampai jadi meragui suami. Astaghfirullah.

Seseorang yang dekat di hati saya selalu berpesan; jaga apa yang kita baca, sebab itulah yang akan membentuk pemikiran kita.

Sekiranya seorang isteri tidak mahu suaminya berlaku curang, main perempuan, menipunya. Jangan pernah sekalipun membayangkannya. Bila asyik imagine yang buruk, sangka yang buruk, seolah kita meminta keburukan datang kepada kita.

jangan sibuk cari salah orang

Begitu jugalah dengan para ibu. Walau senakal mana anak, tak mahu study & sebagainya, jangan pernah imagine anak membesar jadi orang yang tidak baik. Sentiasa ucap, sangka & fikir yang baik untuk anak.

Ingat kan.. Allah itu menurut sangkaan para hambaNya.

Saya ingat seseorang yang saya kenal, semasa anaknya masih bersekolah memang sangat nakal, ponteng, tidak perform dalam bidang akademik mahupun sukan.

Tetapi baru-baru ini jumpa semula masyaAllah dia menjadi insan yang baik akhlak & maju dalam bisnes. Bila ditanya, dia akan menjawab; “ini semua doa ibu saya yang tak pernah putus asa kepada Allah & kepada anaknya ini.”

jangan menyibuk hal rumah tangga orang

MasyaAllah.

Ibaratkanlah kita ini nukleus atau magnet. Bila yang dibaca, disangka, difikir, ditulis & diucap semuanya baik-baik, ia akan menarik kebaikan juga. InsyaAllah.

Tak percaya, kalau kita tengah emosi & asyik nak marah, waktu itu jugalah kita lihat anak-anak paling banyak ragamnya kan?

Saya menulis ini; pesan untuk diri sendiri juga. Yang selalu khilaf & emo; Intan Dzulkefli.

Semoga perkongsian dan pesanan dari Puan Intan Dzulkefli ini tentang jangan terlalu seronok dan suka komen hal rumah tangga orang sedangkan rumahtangga sendiri belum diuji. Bila terkena pada diri sendiri barulah kita menyesal tak sudah, kan?

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0