in

Tindakan Pantas Kru Kabin AirAsia Dipuji Kerana Berjaya Tangkap Pencuri Duit Penumpang Penerbangan

pencuri

Orang ramai sering diingatkan untuk terus berhati-hati tentang jenayah dan kecurian yang kerap berlaku di lapangan terbang kerana kejadian seperti ini dilaporkan banyak terjadi yang membabitkan penumpang penerbangan. Namun, satu kes kecurian yang telah berlaku baru-baru ini membuktikan kejadian sebegini masih lagi terus berlaku.

Satu perkongsian seorang lelaki yang merupakan penumpang Air Asia telah mendedahkan tentang kejadian tersebut dan turut memuji pekerja AirAsia dan tindakan kru kabin kerana telah berjaya membuat penangkapan pencuri duit para pelanggan mereka baru-baru ini.

Kru Kabin Air Asia
Kru kabin AirAsia dan polis yang bertugas.

Menurut lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mathyalagan Pathmanathan yang juga merupakan mangsa kecurian, dia telah menaiki pesawat AK46 dari Colombo ke Kuala Lumpur semalam. Setelah setibanya beliau di KLIA2, Mathyalagan telah membuka beg bagi mengeluarkan dua begnya yang mengandungi sejumlah wang bernilai RM1,600 dan RPS85,000.

Tetapi, selepas itu dia telah menyedari akan kedua-dua beg yang berisi duit miliknya itu tiada. Lelaki terbabit kemudiannya terus memaklumkan kepada salah seorang kru kabin AirAsia bahawa duit miliknya itu telah dicuri orang kita dalam penerbangan dan mengharapkan pekerja tersebut mampu membantunya selain memeriksa penumpang lain yang turut berada dalam penerbangan yang sama.

AirAsia
Air Asia

Lelaki tersebut turut menyatakan bahawa oleh kerana tempat yang didudukinya itu di kerusi 1A, dia terpaksa meletakkan begnya miliknya itu di barisan yang keempat di mana di situ juga terdapat seorang lelaki Cina yang dilihat sangat mencurigakan.

Kru kabin yang bertugas tersebut turut menyatakan bahawa lelaki Cina berkenaan juga dilihat sering bangun dari tempat duduknya dan turut membuka ruang penyimpanan barangan yang berada di kawasan tersebut.

curi
Lelaki yang ditangkap kerana mencuri duit dalam penerbangan Air Asia.

Kru kabin kemudiannya turut memaklumkan tentang kejadian tersebut kepada kapten yang bertugas sebelum mereka mencari lelaki yang disyaki itu. Mathyalagan menyatakan mereka sangat bernasib baik kerana kru kabin yang senior bernama Saiful telah dapat mengecam muka si pencuri berkenaan dan telah meminta lelaki tersebut membuka beg miliknya itu.

BACA JUGA : “Kalau Korang Semua Kat Sini, Habis Tu Siapa Yang Bagi Semua Peralatan Pada Aku Tadi?”

Kemudiannya, mereka semua sangat terkejut selepas mendapati beg milik lelaki berkenaan mempunyai banyak wang tunai dari berbagai jenis mata wang yang dipercayai telah dicurinya.

duit
Bungkusan plastik yang mengandungi berbagai jenis mata wang.

Selepas itu, lelaki tersebut diminta berdiri bagi membuat pemeriksaan pada jaket yang dipakainya. Ketika itulah, satu beg plastik yang berwarna hitam didapati terjatuh keluar dari jaketnya dan selepas diperiksa, wang yang terdapat dalam beg plastik itu dikatakan wang milik Mathyalagan yang dicurinya.

Lelaki tersebut kemudiannya telah ditahan oleh pihak sekuriti AirAsia dan juga polis lapangan terbang yang berada di situ ketika pemeriksaan ke atasnya dilakukan. Lelaki tersebut dipercayai seorang warganegara China dan sedang melakukan penerbangan transit di Malaysia untuk pergi ke Jakarta.

tiket penerbangan
Tiket penerbangan milik suspek yang ingin ke Jakarta.

Mathyalagan melalui perkongsiannya menyatakan tindakan pantas yang dilakukan oleh kru AirAsia sememangnya wajar dipuji dan dia juga sangat bernasib baik kerana pencuri tersebut berjaya ditangkap selain turut mempunyai bukti yang kukuh bagi membuat penahanan terhadap pencuri berkenaan.

Orang ramai diminta berhati-hati ketika menaiki flight untuk kesemua destinasi kerana perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku lagi. Sebelum berlaku adalah lebih baik berjaga-jaga.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments