in ,

Tips Kuatkan Ingatan Anak Dalam Pelajaran (Doa & Petua)

cara nak kuatkan ingatan dalam pelajaran

Apabila seorang ibu dan ayah memiliki anak, apa yang mereka mahukan adalah anak mereka berjaya dalam hidup, pelajaran dunia dan akhirat. Mereka berusaha mendidik sebaik mungkin serta turut mendoakan agar semua anak mereka mempunyai daya ingatan yang kuat apabila belajar. Tapi apakah doa untuk kuatkan ingatan dan tak mudah lupa atau tips serta petua atau cara menguatkan ingatan dalam pelajaran?

Selain amalan doa atau cara meningkatkan daya ingatan otak menurut Islam, masih lagi ada tips yang boleh diamalkan oleh mak ayah untuk kuatkan ingatan anak mereka. Malahan ada juga mengatakan ada beberapa jenis makanan yang boleh menguatkan ingatan seseorang.

Berikutnya adalah perkongsian daripada Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang berkongsi tentang cara untuk kuatkan ingatan anak dan juga tips yang boleh membantu ibu bapa untuk mengajar anak mereka supaya meningkatkan daya ingatan yang kuat dalam pelajaran sekolah.

10 Tips Kuatkan Ingatan (Memori) Anak-Anak (7-13 tahun)

cara meningkatkan daya ingatan otak dalam islam
Bermacam teknik, tips, petua, dan doa yang banyak digunakan ramai orang untuk daya ingatan yang tajam.

1. Kanak-kanak mesti ada tidur yang cukup, 8-10 jam sehari. Boleh minta mereka dapatkan masa tidur sekejap pada waktu tengah hari (30-45 minit) kemudian tidur malam seperti biasa pada 9 malam hingga 6 pagi esok. Tidur siang (waktu tengah hari tersebut) akan memberi cas tenaga yang kuat kepada mereka.

2. Makan makanan yang betul. Untuk menguatkan minda dan otak, makanan yang bagus ialah badam, kekacang, buah beri, kismis, kurma, sayuran hijau dan buah-buahan. Dikatakan, sekiranya ia memberikan daya mengunyah kepada anak-anak semasa makan, terutama menjamah buah-buahan, ia akan meningkatkan oksigen ke kepala dan membantu menaikkan fokus dan perhatian.

3. Wajib memberikan waktu mereka bermain di luar setiap hari dengan minima 30 minit per sesi. Sekiranya anak-anak tidak bergerak dan sentiasa duduk atau baring melihat tab atau telefon bimbit, pergerakannya terbatas dan menyebabkan mindanya tidak aktif untuk memproses data untuk diingat.

Dr. Eelco V. Van Dongen dari Radbound University mengatakan pergerakan anak-anak akan menyebabkan sel otak bergerak dan sentiasa menjana dunia kreatif dan aktif. Ia akan membantu otak bekerja untuk membuka kompartment memori dengan lebih banyak.

4. Beri anak-anak masa yang tenang semasa mahu ke sekolah, bersukan, makan, menonton tv, belajar, dan semasa mahu tidur. Tak boleh biarkan anak-anak melalui semua aktiviti itu dengan stress atau dalam keadaan baru dimarahi. Jika tidak, otaknya akan cedera dan mereka akan hilang fokus.

5. Sentiasa duduk dengan anak minima 30 minit sehari untuk buka semua buku yang beliau belajar pada hari tersebut sekadar untuk ulangkaji dan ulang semula apa yang dipelajari di sekolah.

6. Feeding anak-anak dengan pembacaan dan permainan yang ada huruf dan nombor supaya mereka ingat perkataan dan kira-kira. Perbanyakkan game seperti membaca plat kereta apabila di dalam kenderaan dan membuat matematik mudah seperti mengira berapa jumlah orang yang menyeberangi jalan dan sebagainya.

7. Jika anak-anak membuat silap, tegas dan didik supaya dia tidak ulangi. Jika hanya marah dan membebel membabi buta, anak akan lupa dan akan buat lagi dan lagi. Buat simulasi dan beri dia peluang belajar supaya perkara itu jadi pelajaran besar buatnya.

8. Sesekali (2 kali seminggu), minta anak-anak kita membaca dengan mendengar suara sendiri. Ia akan mengasah otak supaya bekerja dengan relaks dan kool. Apabila kita sendiri mendengar apa yang kita baca, ia akan lebih mudah diingati.

9. Sekiranya anak-anak penat, minta dia tidur. Tak perlu paksa untuk dia lawan. Biasanya melawan arus akan menjadikan memorinya terjejas dan dia akan berterusan penat hingga akhirnya merosakkan keupayaan dia untuk berfikir kreatif.

10. Bercakap dengan bahasa yang dia faham, dan biasanya mereka ini perlu diberi gambaran. Sekiranya dia tidak faham, maka penjelasan kepadanya perlu visual, ringkas dan padat. Tak perlu guna perkataan bombastik untuk beri anak-anak daya fikir yang luar biasa. Anak-anak adalah sama sahaja, yang membezakannya ialah bagaimana kita layan, kita berkawan dan cara kita menjawab soalannya.

Semua yang di atas adalah dari Khairul Hakimin Muhammad.
Jennifer Heisz, McMaster University.
BrainLab.
Amanda Morin, Understood.org.

Doa Untuk Kuatkan Ingatan

Dikongsikan juga doa mohon dikuatkan ingatan agar tidak mudah lupa, tak ingat atau nyanyuk. Anda boleh amalkan doa ini sebagai ikhtiar dipermudahkan agar ingatan semakin kuat dan terus ingat sama ada dalam pelajaran, membaca Al-Quran dan semua perkara yang berkaitan dengan otak dan akal fikiran.

doa kuatkan ingatan belajar tak mudah lupa
Antara doa untuk kuatkan daya ingatan yang boleh diamalkan. – Facebook

Antara Makanan Boleh Menguatkan Ingatan

Berikutnya adalah senarai nama makanan-makanan yang dikatakan mampu menguatkan ingatan seseorang jika diamalkan pemakanan seperti ini. Ia adalah antara jenis makanan yang mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri.

cara menguatkan ingatan dengan makanan
Makanan juga boleh membantu untuk menguatkan memori atau menyihatkan otak.

Telur

Mempunyai protein yang tinggi dan juga membantu untuk perkembangan memori dan daya ingatan manusia.

Ikan Salmon

Sumber penting dan terbaik untuk Omega-3 DHA dan EPA mampu untuk perkembangan dan pertumbuhan fungsi otak selain akan mempunyai daya ingatan yang lebih tajam jika mengamalkan makanan ini seperti dilaporkan oleh mereka yang membuat kajian.

Gandum Tulen

Gandum tulen mempunyai keupayaan untk menyediakan glukosa untuk otak manusia yang mempunyai serat yang tinggi dan mengandungi Vitamin B untuk menjaga serta memelihara kesihatan sistem saraf manusia.

Beri

Buah beri mempunyai antioksidan yang tinggi iaitu Vitamin C yang mampu mencegah sel kanser. Nutrisi buah beri semakin banyak terkandung mengikut kadar warna buah yang mana semakin terang warnanya semakin tinggi kadar nutrisinya yang boleh meningkatkan daya ingatan dan memori kanak-kanak dan orang dewasa.

Sebenarnya masih banyak makanan yang dikatakan boleh kuatkan ingatan dan memori kita jika mengamalkan makanan tersebut, antara yang lain adalah seperti kekacang, susu, yogurt, daging lembu tanpa lemak, sayur-sayuran hijau, oat dan juga mentega kacang. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments