in

“Sebelum Ini Dia Pernah Lemaskan Kucing..” – Gadis Terkejut Jiran Sanggup Bertindak Kejam Dengan Potong Badan Kucingnya

Walaupun anda bukannya seorang yang menyukai haiwan, anda tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum binatang dan bertindak dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Setiap makhluk yang diciptakan di bumi ini juga berhak untuk hidup bersama makhluk-makhluk yang lain dan siapa kita untuk menentukan hidup matinya?

Beberapa hari lalu, heboh di media sosial apabila seorang wanita yang berkongsi tentang kucing kesayangan miliknya telah diperlakukan denga kejam sehingga badan terputus dua lalu meluahkan rasa marahnya di laman sosial Facebook yang turut menarik perhatian ramai netizen.

Menurut Shakira Desmond, kejadian tersebut berlaku pada 16 Oktober lalu apabila salah seekor kucing milik abangnya telah dipotong dua oleh jiran mereka sendiri yang dipercayai tidak menyukai binatang kesayangan Nabi itu.

Gambar yang telah dimuat naik oleh Shakira ke laman Facebook menunjukkan kucing itu dikerat separuh badan, manakala bahagian kepalanya ditinggalkan di hadapan pintu rumah sewa milik abangnya.

Tidak terhenti di situ sahaja, berdekatan dengan kucing tersebut juga kelihatan dua kaki yang dipercayai milik kucing itu yang dikatakan telah dipotong oleh individu berkenaan dengan kejam.

Menurut Shakira lagi menerusi komen beliau terhadap rakannya di Facebook, kesemua kucing berkenaan tidak dilepaskan dan iianya ditinggalkan di dalam sangkar yang berada di hadapan rumah. Tetapi jira tersebut dikatakan kerap kali datang serta membuat kacau terhadap haiwan berkenaan.

Malah menurut Shakira juga, jirannya itu sebelum ini pernah melakukan satu perkara yang amat kejam terhadap kucing kesayangan abangnya itu.

“Dia ambil kucing dan rendam dalam air daripada malam sehinggalah pagi. Dalam tong sampah yang mengandungi air,”

Lebih menyedihkan, jiran sebelah rumah itu dikatakan waras dan turut dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah mental atau kesihatan tetapi jirannya itu dipercayai begitu suka dan berperangai suka menyeksa binatang.

Para netizen yang menatap gambar-gambar yang dikongsikan Shakira itu dan turut memahami jalan cerita telah menyampaikan pendapat masing-masing malah mereka juga dilihat begitu marah dengan perlakuan jiran tersebut yang disifatkan sebagai bodoh dan tidak berperikemanusiaan.

Walau bagaimanapun, Shakira menyatakan dia takut untuk membuat laporan polis kerana risaukan jirannya itu akan bertindak lebih kejam terhadap 3 ekor lagi kucing yang masih berada di situ.

Selain itu, seorang netizen dilihat turut berkongsi tentang maklumat kepada Shakira sekiranya ingin menghubungi piahk tertentu jika berhadapan dengan kekejaman manusia terhadap binatang seperti yang dilihat oleh Shakira.

Tergamaknya seorang manusia membuat begitu terhadap binatang yang langsung tidak tahu apa-apa, mengapa bertindak kejam sedangkan ada akal dan fikiran?

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0