in

Kucing merangkap ‘abang’ penyayang jaga bayi macam adik sendiri. Katil pun siap kongsi..

Kucing merangkap ‘abang’ penyayang jaga bayi macam adik sendiri. Katil pun siap kongsi..

Amat membahagiakan buat para ibu bapa apabila bayi dan kucing tersayang dapat ‘bergaul’ dan bermesra antara satu sama lain.

Tiada yang tersisih dan rasa seperti tidak cukup kasih sayang, kedua-duanya sama penting dan mendapat perhatian sewajarnya.

Rela sahaja Nacho ‘ditampar’ dan ditarik bulu oleh si adik. Bertuah betul adik Nacho ini bukan? Abangnya sangat penyayang, langsung tidak membalas.

Itulah yang dialami oleh seekor kucing bernama Nacho ini yang tinggal secara harmoni bersama ‘adik’ kesayangannya.

“Rasa dulu air ini selamat tak”

Malah kucing jantan itu juga cukup sabar melayani karenah si adik. Sudah namanya bayi, pastinya adik Nacho sedikit kasar dengan abang kucingnya itu.

“Nacho adalah kucing paling tepat dan sempurna buat bayi saya. Ia sangat penyabar”, ujar pemilik Nacho, Simone.

Namun sungguhpun begitu, Simone berkata dia tidak akan membiarkan kedua-duanya berinteraksi tanpa pemantauan.

Nacho pasrah sahaja dibuli adik..

Apa sahaja yang dibuat oleh bayi tersebut, pasti Nacho akan menemaninya – makan, main, mandi malah tidur pun Nacho teman!

Simone pada mulanya agak bimbang apabila Nacho nampaknya kelihatan sangat selesa dan secara sorok-sorok menaiki katil bayinya pada waktu malam.

Betapa sayangnya Nacho pada adiknya itu, kucing bertuah itu setiap hari akan memanjat katil dan tidur bersama si adik tersayang.

Beberapa tahun kemudian, bayi Simone akhirnya bertukar katil yang lebih besar dan tentunya ia menjadi katil Nacho juga.

“Jangan risau dik. Abang ada pegang ni ha..”

“Nacho percaya bahawa dialah penjaga bayi saya. Mana tidaknya, dia memang mengawasi langkah bayi saya setiap masa”.

Ikatan suci dan tulus antara mereka berdua ternyata menyentuh hati kita semua.

Pastinya bayi itu gembira kerana dikurniakan abang yang sangat bertanggungjawab dan penyayang!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0