in

(VIDEO) Kucing Tak Dapat Terima Kenyataan Bila Tuannya Meninggal Dunia

kucing yang pandai

Kucing adalah salah satu binatang yang menjadi kesayangan Nabi Muhammad SAW dan sehingga kini binatang ini menjadi pilihan ramai yang dibela di rumah. Menyayangi dan membela kucing turut memberi begitu banyak kesan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia seperti kesihatan mental, kesihatan fizikal dan juga cara hidup serta sebagainya.

Kucing Tak Dapat Terima Kenyataan Bila Tuannya Meninggal Dunia & Cuba Menggali Kubur Yang Baru Sahaja Dikebumikan

Perkongsian seorang lelaki menerusi laman Facebook miliknya begitu menyentuh hati netizen sehingga berpuluh ribu yang memberi komen tentang seekor kucing yang dipercayai tidak dapat menerima kenyataan bahawa tuannya telah pun meninggal dunia.

kucing rindu tuannya

Tuan kucing tersebut adalah datuk kepada lelaki tersebut yang dikenali sebagai Soffuan CZ yang baru sahaja meninggal dunia dan kucing kesayangan milik datuknya itu seolah-olah tidak mahu menerima kematian datuknya itu dan dilihat cuba menggali tanah kubur di mana datuknya dikebumikan.

kuasa Allah

Assalamualaikum..
Tok Wan saya (Ismail Bin Mat) telah selamat di kebumikan di tanah Perkuburan Masjid Kelibang. Ada Kejadian berlaku semasa membaca talqin, seekor kucing Putih mai mengelingi kubur arwah.

Sungguh besar kekuasaan mu ya Allah. Semasa arwah tokwan saya di dunia, dia seorang yang cinta kepada kucing. Harap Tokwan ditempatkan dengan orang yang beriman.

Kasih sayang seorang tokwan kepada kami cucu 38 orang dripada 12 anaknya tiada ganti. Terlalu banyak kenangan manis yang kami tak akan lupa sampai bila-bila. Kami sayang sangat-sangat kat tokwan. Semoga tenang di sana. Al-Fatihah.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0