in

Kulat Dinding dan Siling Punca Menyebabkan Anda Batuk dan Selsema

Kulat juga punca penyakit

Mungkin ada yang sering mengalami batuk dan selsema berpanjangan tanpa henti walau sudah banyak makan ubat atau mengamalkan petua batuk tradisional, namun kesakitan itu masih tidak hilang malah makin teruk. Mengapa masih tidak baik? Mungkin persekitaran tempat tinggal anda menjadi punca utama anda sering tidak sihat seperti kulat dinding dan siling.

Sebenarnya, persekitaran rumah atau tempat tinggal kita juga antara faktor yang akan menyumbang terjadinya sakit atau penyakit tanpa kita sedari seperti kulat siling dan dinding itu. Mungkin juga punca yang menyebabkan anda batuk dan selsema adalah kerana kawasan kediaman anda yang tidak begitu bersih.

penyakit kerana persekitaran
Bermacam sebab yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

Perkongsian dari Public Health Malaysia ini pasti akan menjelaskan mengapa anda sering sakit dan tidak sihat. Kediaman kita juga antara faktor yang utama untuk kita hidup lebih cergas dan sihat. Ikuti perkongsian ini untuk ketahui dengan lebih lagi mengapa anda sering sakit walaupun berada di rumah.

Kulat Punca Sering Sakit, Batuk dan Selsema

kulat pembawa penyakit
Kekotoran pada siling pasti terdedah kepada penghuni rumah terutama anak kecil.

Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya,itu adalah KULAT

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti asma.

Bagi yang sememangnya menghidap asthma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini dicegah?

rumah kotor
Jika dinding dan silit rumah berkulat seperti ini segeralah selesaikan masalah ini.

Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.

Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.

Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

dinding kotor
Pastikan kebersihan dinding rumah anda tidak seperti ini.

Setiap individu haruslah mempunyai kesedaran dan juga rasa tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran rumah dan kediaman tempat tinggal kerana ini adalah perkara penting yang harus dititikberatkan selain untuk kesihatan jasmani dan rohani.

Untuk hidup dengan lebih sihat, anda perlu memastikan persekitaran rumah anda sentiasa bersih dan bebas dari sebarang kekotoran. Dan ia bukan sahaja kekotoran yang disebabkan kulat dinding dan juga siling tetapi rumah haruslah bebas dari sebarang sampah sarap, bau busuk, udara kotor dan sebagainya. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0