in

KWSP Bagi RM250 Percuma SSP1M Setiap Tahun Pada Mereka Yang Tiada Pendapatan Tetap

SSP1M
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.

Bagi mereka yang berkerja sendiri sama ada berniaga atau tidak mempunyai pendapatan tetap pastinya pendapatan bulanan tidak menentu. Jadi, kebanyakannya terpaksa membuat penyimpanan sendiri atau mencarum sebagai simpanan peribadi untuk masa depan. Apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin berikan RM250 secara percuma iaitu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SSP1M) untuk golongan ini, ini adalah peluang yang harus direbut oleh mereka yang layak.

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia

Cara nak mohon skim persaraan
Pencarum yang tiada pendapatan tetap digalakkan mencarum mengikut kemampuan.

Apa itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?  Melalui laman web KWSP, SSP1M adalah satu inisiatif Kerajaan untuk memastikan semua golongan yang tiada pendapatan tetap atau yang bekerja sendiri tetap mempunyai simpanan selepas mereka mencapai umur persaraan. Walau bagaimanapun, ia mempunyai syarat yang tertentu yang harus dipenuhi bagi melayakkan diri anda untuk mendapatkan skim ini.

Definisi Tiada Pendapatan Tetap dan Bekerja Sendiri

Berikutnya adalah antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap;

  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Baby-sitter
  • Ejen menerima komisyen seperti ejen insurans, ejen hartanah
  • Freelancer seperti menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding
  • Pemilik perniagaan atau pemilik tunggal atau rakan kongsi yang membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri seperti akauntan, doktor, peguam
  • Surirumah
  • Pekerja Berpencen

Konsep atau kemudahan SSP1M ini adalah bertujuan untuk menggalakkan semua golongan yang tidak mempunyai pendapatan dan mereka yang bekerja sendiri untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing.

Syarat-syarat Kelayakan SSP1M

  1. Warganegara Malaysia
  2. “Orang Yang Bekerja Sendiri” ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
  3. Merupakan ahli KWSP; DAN
  4. Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M)

Anda Perlu Simpan RM1,667 Baru Layak Dapat RM250 Setahun Dari Kerajaan.

Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022.

Anda harus memastikan dalam akaun Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia mempunyai jumlah sebanyak RM1,667 untuk melayakkan anda dapat maksimum RM250 setahun setiap tahun.

BACA JUGA : Semua Pencarum KWSP Boleh Buat Pengeluaran Untuk Sebarang Jumlah Pada Bila Masa Saja Mulai Januari 2018

Permohonan Skim Persaraan
Sumbangan dari Kerajaan juga adalah terhad kepada mereka yang berumur kurang daripada 55 tahun sahaja.

Dua Cara Mudah Untuk Mencarum SSP1M

A. Muat turun Borang Permohonan Pilihan SKim Simpanan Persaraan 1Malaysia [KWSP 16G (1M)] yang boleh didapati di mana-mana cawangan KWSP atau di laman web KWSP (www.kwsp.gov.my) dan isi borang berkenaan.

B. Isi Borang KWSP 6A(2) dan buat bayaran minima sebanyak RM50.

Memang sangat mudah untuk mencarum dalam SSP1m ini dan nak lagi mudah, anda perlu masukkan terus RM1,667 dan kemudiannya tunggu selama setahu, dividen pasti dapat dan RM250 sudah tentu akan dapat.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak nak dan tak boleh bayar penuh atau lump sum, sila pastikan anda selalu membuat caruman bulanan. Anda juga boleh membuat pencaruman secara online melalu beberapa bank seperti RHB, Public Bank, Maybank dan juga Bank Simpanan Nasional ((BSN).

Semuanya sangat mudah dan senang bagaimana cara untuk mendapatkan RM250 daripada KWSP ini. Dengan dua langkah sahaja anda telah melayakkan diri untuk dapat RM250 dari Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

INFO:

  • Seorang pekerja bergaji tetap tidak boleh menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan tidak layak untuk menerima sumbangan Kerajaan.
  • Simpanan Persaraan 1Malaysia merupakan sebahagian daripada simpanan KWSP ahli. Oleh itu, ahli boleh menggunakan/ mengeluarkan simpanan ini tertakluk kepada syarat & prosedur semasa pengeluaran KWSP.

Anda boleh terus membuat permohonan pada hari ini dan jangan bertangguh lagi kerana peluang sebegini sangat jarang boleh didapati.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments