in

Langit Tak Akan Selamanya Mendung, Bagaimana Cara Untuk Ubah Derita Jadi Bahagia, Dato Fadzilah Kamsah

Langit Tak Akan Selamanya Mendung, Bagaimana Cara Untuk Ubah Derita Jadi Bahagia, Dato Fadzilah Kamsah

Ujian tidak akan pernah berakhir selagi mana kita masih hidup. Dan apabila mati nanti semuanya akan dipertanggungjawabkan menjadi asbab sama ada kita berada di syurga atau neraka. Ujian datang tidak mengenal siapa, sama ada miskin kaya, baik atau jahat seseorang itu. Mereka yang berhadapan dengan ujian bukanlah untuk berduka semata-mata tetapi bagaimana cara untuk ubah derita jadi bahagia menjadi persoalan bagi setiap orang.

Allah memberikan ujian kepada semua tanpa mengira siapa

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” – (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Dari ayat tersebut, maka jelaslah yang tiada seorang pun terkecuali atau terlepas dari ujian hidup. Allah yang memberikan rezeki dan Dia jugalah yang akan menguji sedikit kurniaan Nya itu agar manusia sedar bahawa tiada yang kekal dan milik sepenuhnya melainkan hanya pinjaman semata-mata.

Oleh yang demikian, penerimaan manusia dalam menerima kenyataan bahawa ujian diberikan adalah wajar, normal, dan biasa bukannya mudah. Tetapi sememangnya setiap bahagian kita yang Allah uji telah disediakan pahala berlipat ganda yang sangat besar. Ubahlah persepsi kita dengan mengaplikasikan cara untuk ubah derita jadi bahagia seperti yang dikongsikan oleh Pakar Motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

1. Ubah rutin harian
Rutin harian bermula dari seawal kita bangun pagi dari tidur. Tahap produktiviti seseorang juga terlihat dengan jelas bagaimana dia memperuntukkan masa di awal pagi. Mereka yang bangun selepas subuh atau sebelum subuh memang cukup berbeza. Bayangkan jika bangun awal pagi, kita sempat untuk solat subuh, baca beberapa helai buku, bersarapan, bersenam, atau siapkan diri agar lebih bersedia untuk memulakan kerja nanti.

Ubah untuk bangun seawal 4.30 pagi dan bertahajud atau bermunajat kepada Allah. Waktu kita berseorangan pada awal pagi adalah waktu terbaik untuk memulakan hari yang produktif.

Bagi yang beragama Islam pasti sering kali mendengar kata-kata bahawa bangun pagi akan membuka pintu rezeki.

Menurut Hadis Riwayat at-Tabrani dan al-Bazzar, Rasulullah SAW bersabda, “Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkat dan keberuntungan.”

2. Amalkan gaya hidup minimalis

Gaya hidup minimalis yang dimaksudkan ini bukanlah bermakna perlu ubah deko rumah jadi lebih cantik, dan tidak serabut. Tetapi ringkas dan sederhana dalam kehidupan. Bahkan, Islam juga mengalakkan minimalis yang dimaksudkan sebagai wasatiyyah.

Wasatiyyah ataupun bermaksud kesederhanaan. Orang yang minimalis ialah orang yang bersederhana dalam kehidupan. Membeli barang pun dengan sederhana, tidak membazir tetapi tidaklah sampai kedekut. Membeli ikut keperluan.

3. Amalkan gaya hidup sihat
Semakin bertambah umur, semakin merosot kesihatan diri. Setidaknya buatlah sentiasa pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan sekali. Jaga pemakanan agar berkhasiat dan bernutrisi serta bersenam setiap minggu walaupun cuma 30 minit sahaja.

4. Cipta “true-calling” dalam kehidupan
Rutin harian yang kita lakukan setiap hari tentunya akan membawa kita pada tahap sudah bosan atau hilang motivasi diri. Wajar, kerana kita melakukan perkara yang sama berulang kali. Oleh kerana itu, cari atau cipta sesuatu yang membuatkan semangat menjadi bertambah semula setiap kali hendak melakukan sesuatu.

5. Jangan overthinking
Overthinking adalah berfikir secara berlebihan sehingga menganggu kualiti hidup seseorang apatah lagi berhadapan dengan masalah yang sukar mencari penyelesaiannya.

Apabila terlalu banyak berfikir terutamanya perkara negatif, ia hanya akan membuat kita tertekan dan boleh menyebabkan serangan anxiety. Pakar psikologi, Natacha Duke mengatakan bahawa overthinking boleh menjadi gejala kemurungan atau anxiety.

Sebaiknya, pelihara diri kita khususnya kesihatan mental kerana sangat sukar untuk berhadapan dengan kecelaruan mental yang berkait dengan fikiran dan perasaan.

6. Jaga hubungan dengan Allah

7. Jaga silaturahim dengan keluarga
Keluarga adalah insan yang rapat dan mempengaruhi hidip kita pada umumnya. Sebagai anak kita mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa. Sebagai kakak, abang dan adik, kita juga mempunyai tanggungjawab kepada adik beradik lain. Jagalah silaturahim tersebut agar ia sentiasa erat dan mendapat keredhaan Nya.

8. Ubah kehidupan sosial

Perbaharui kehidupan sosial kita. Lihat circle sendiri dan asingkan yang mana rakan bertoksik keluarkan segera. Carilah mereka yang sentiasa beri inspirasi dan dorong kita ke arah kebaikan.

9. Bina konsep rumahku syurgaku
Rumah menjadi tempat dan ruang untuk kita berehat selepas lelah berada di luar. Amat penting untuk sentiasa pastikan rumah yang diduduki nyaman, tenteram, dan mempunyai pengudaraan yang baik.

10. Cari potensi dalam bina kerjaya

11. Ubah mentaliti dalam tangani masalah
Masalah akan berbeza dari bagaimana kita tanganinya. Walau sebesar mana pun masalah tersebut, tetapi sekiranya kita positif dan bijak dalam menangani, ianya tiada masalah sama sekali. Sebab itulah kadang kala kita terkejut mendengar pengalaman hidup mereka yang berjaya rupa-rupanya pernah melalui ujian yang begitu hebat sampai kita sendiri rasa macam tidak terdaya kalau berada di tempatnya.

12. Bina hobi dan minat

Ada hobi, ada minat kepada sesuatu perkara? Jangan sia-siakan minat dan bakat tersebut Asahkannya menjadi sesuatu yang boleh menjana pendapatan kedua kepada diri.

13. Hulurkan sumbangan kepada masyarakat
Aktif dalam membuat kerja amal bersama NGO boleh mendekatkan diri kita dengan masyarakat serta menyelami kehidupan mereka. Banyak perkara kita boleh belajar agar lebih menghargai hidup ini. Gunakan masa dan tenaga sebagai jalan ‘sedekah’ supaya boleh suburkan ladang pahala di akhirat kelak.

14. Dekati alam

Hutan dan alam mempunyai ion yang mampu meneutralkan ion negatif dalam badan manusia. Bila hujung minggu, ambil masa sedikit untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun, ke sungai dan panjat bukit atau gunung.

15. Sentiasa maaf dan memafkan diri serta orang lain
Insan yang salah lalu meminta maaf adalah seorang yang hebat. Insan yang memaafkan kesalahan orang lain juga seorang yang hebat. Bukan mudah untuk mengucapkan maaf sekiranya kita tidak memiliki hati yang ikhlas dan redha.

Bahagia atau duka semuanya terletak di tangan kita sendiri. Kita memiliki kemampuan untuk mengubahnya dan mencipta kebahagian sendiri dengan cara sendiri.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, majalah ilmu

BACA : Islam Sudah Mengajarkan Kita Bagaimana Menghadapi Cabaran Dalam Hidup. Yakinlah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0