in

(VIDEO) Akibat Leka Dengan Telefon Bimbit Wanita Hampir Digilis Kereta

kemalangan hampir digilis kereta

Viral di laman sosial China sebuah rakaman video yang memaparkan seorang wanita yang hampir digilis oleh kenderaan selepas beliau kelihatan begitu leka dengan telefon bimbitnya ketika berada di tepi sebuah jalan.

Kejadian yang berlaku pada 11 November lalu di daerah Hangzhou, China itu telah berjaya dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang jelas menunjukkan mangsa pada ketika itu sedang bercangkung di hadapan kenderaan serta pada masa yang sama pemandu pacuan empat roda itu masuk ke dalam kenderaannya.

accident di China
Sumber: China Press

Tidak berapa lama selepas itu, kenderaan tersebut kelihatan bergerak dan terus melanggar wanita yang duduk di hadapan kereta. Mangsa berkenaan dilihat sangat terkejut dan tidak sempat melakukan apa-apa untuk menyelamatkan dirinya yang akhirnya dia terperosok ke bawah kereta tersebut.

Walau bagaimanapun, mangsa bernasib baik selepas orang awam yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian ternampak dan terus cuba menghalang pemandu SUV berkenaan dari terus bergerak yang kemudiannya menyelamatkan mangsa serta terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, lapor Asia One.

kereta langgar orang
Sumber: China Press

Kejadian ini telah menjadi perhatian orang ramai dan ramai netizen di laman sosial yang turut saling menasihati semua orang agar tidak berbuat demikian seperti mana mangsa tersebut. Akibat kesilapan leka dan asyik bermain dengan telefon, wanita itu hampir kehilangan nyawa, kata netizen.

Melalui rakaman video tersebut, SUV tersebut didakwa meletakkan kenderaannya di laluan pejalan kaki dan ini bermakna pemandunya telah melakukan kesilapan jalan raya dan kesalahan sebegini boleh didakwa serta didenda dan kemudiannya pasti akan dihukum.

Kemalangan sebegini mungkin akan menyedarkan orang ramai supaya terus berhati-hati ketika berada ruang pejalan kaki yang mana jangan sekalu mencangkung atau duduk di hadapan kenderaan yang diletakkan di ruangan tersebut.

Kerana satu kesilapan tanpa disengajakan juga boleh meragut nyawa mereka yang tidak bersalah, oleh itu kita perlu peka dan berjaga-jaga walau di mana sekalipun kita berada, lebih-lebih lagi di jalan raya.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments