Akhir-akhir ini ramai yang mengatakan lelaki yang berbadan sasa atau lebih tepat lagi berbadan sado itu adalah seorang lelaki gay yang meminati kaum sejenisnya.
Bagaimana tanggapan ini terjadi? Adakah ianya berlaku selepas terbukti semua lelaki adalah gay? Atau kata-kata itu hanya diucapkan secara rawak?
Persoalan ini menjadi perbualan netizen sehingga isu turut dibincangkan melalui posting di Instagram milik selebriti kecergasan yang dikenali sebagai Doktor Say.
Katanya, ia turut pernah terjadi kepadanya ketika dirinya masih single. Orientasi seksualnya dipertikaikan sehinggalah saat dia berkahwin, barulah semua kata-kata itu terdiam.
“Dulu masa saya single, ramai kawan perempuan saya ckp “eee kau macam gay lah Say”.
“Say, kau suka lelaki jenis macamana?”.
“Say, kau atas ke bawah?”.
Selepas dia berkahwin, kata-kata dan tanggapan tersebut tidak lagi kedengaran dengan bunyi-bunyian seperti itu,” tulisnya.
Dr Say mempersoalkan pemikiran jumud atau pun tertutup itu. Katanya, mengapa boleh wujudnya penilaian sedemikian rupa. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga.
“Awat masyarakat fikir macam tu? Ada badan sado mesti gay. Kesian kat kami, susah-susah disiplin jaga makan dan senaman, last-last kena cop gay.”
“Memang tak dinafikan kami suka tengok lelaki lain yang tuff sebab kami nak compare kekurangan badan kami dengan laki tu, macam dada kurang tebal ka, back kurang lebar ka tapi rata-rata kami straight berumah tangga, beranak pinak siap,” katanya lagi.
Di ruangan komen, para netizen turut menyatakan rasa setuju dan memberikan sokongan kepada doktor ini.
“Tak faham dengan mentaliti orang kita. Asal sado je gay.”
“Memang semua orang suka judge orang lain, just be positive.”
Mungkin lelaki yang buncit dan tidak menjaga badan itulah lelaki sejati agaknya ya? Betul ke?.
One Comment
Leave a Reply