in

(VIDEO) Apa Motif Lelaki Ini Buang Al-Quran Dalam Tandas Di Masjid?

lelaki pecah masuk masjid al ihsan kubang larek pokok sena

Jemaah Masjid Al Ihsan, Kubang Larek, Pokok Sena, Kedah telah dikejutkan dengan satu kejadian seorang lelaki yang telah masuk ke masjid berkenaan bertindak merosakkan jam dinding serta turut mengoyakkan Al-Quran yang kemudiannya dicampakkan ke dalam tandas.

Dalam kejadian 6.45 petang semalam itu, Siak masjid berkenaan iaitu Kamal Shukri menyatakan beliau terkejut dengan bunyi air yang mengalir deras yang kedengaran daripada tandas lelaki di masjid.

kes masjid al ihsan
Lelaki yang tidak diketahui tujuannya merosakkan harta benda masjid.

Selepas curiga dengan keadaan itu seterusnya memeriksa mendapati paip air dicabut manakala beberapa helaian kertas dipercayai Al-Quran berselerakkan di atas lantai tandas termasuk dalam lubang tandas, katanya.

Ekoran kejadian mengejutkan itu, dia kemudiannya segera memeriksa keadaan sekeliling masjid sebelum mendapati cermin dinding pecah. Beliau mengesyaki mungkin ada orang yang telah memecah masuk ke dalam masjid tetapi tidak diketahui tujuannya.

pecah masuk masjid kubag larek
Jam digital juga dipecahkan sebelum lelaki ini mengoyakkan Al-Quran.
Al-Quran dikoyakkan
Al-Quran dikoyakkan kemudiannya dibuang ke dalam lubang tandas lelaki.

Untuk mendapatkan kesahihan tentang kes berkenaan, Siak terbabit menyiasat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangkan khas di dalam masjid berkenaan. Apa yang mengejutkan kelihatan seorang lelaki yang berusia 30-an telah masuk ke dalam masjid.

Melalui rakaman itu juga lelaki terbabit bertindak membaling papan rehal kayu ke arah jam digital dinding sehingga terjatuh dan pecah. Menurut Siak itu lagi, lelaki terbabit tidak dikenali dan dilihat bersendirian serta dipercayai orang luar.

Kamal kemudiannya memaklumkan tentang kejadian tersebut kepada jemaah masjid seterusnya membuat laporan polis tentang kejadian lelaki yang memcah masuk ke masjid yang tidak diketahui apa motif dan tujuannya.

Menurut Kamal lagi, sebelum ini beberapa kali pernah berlaku kejadian tabung masjid hilang serta kes selipar di masjid berkenaan. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut membabitkan jumlah yang kecil.

kes rosak harta masjid
Suspek kini diburu selepas rakaman CCTV diserahkan kepada pihak polis.

Atas faktor keselamatan dan kejadian sebegitu berlaku, pihak masjid telah memasang sebanyak lima CCTV di beberapa sudut untuk memudahkan mengesan pencuri serta sesiapa saja yang masuk ke masjid dengan tujuan jahat, lapor Metro.

Apa agaknya motif lelaki ini berbuat demikian dalam masjid dengan memusnahkan harta masjid dan mengoyakkan ayat suci Al-Quran dan membuangnya ke dalam tandas.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments