in

(VIDEO) Kerja Tak Sampai Sebulan, Lelaki Diserang dan Ditikam Penjenayah

kes rompakan

Jenayah dan penjenayah ada di mana sahaja yang menjadikan sesetengah orang kita takut dan bimbang untuk keluar dan bersosial. Zaman sekarang tidak lagi seperti dulu, dunia semakin maju begitu juga jenayah semakin banyak berlaku seperti yang dikongsikan oleh individu ini di laman Twitter.

Satu rakaman video yang kini viral di laman sosial yang memaparkan seorang lelaki telah berdepan dengan kejadian yang amat menakutkan. Individu berkenaan dikatakan bertugas sebagai Recepionist di sebuah hotel di Nusa Bestari, Iskandar Puteri.

Paparan video tersebut memaparkan seorang lelaki secara tiba-tiba meluru pergi ke kaunter hotel berkenaan dan dilihat seperti mengugut ingin merompak dan mahukan duit.

Kemudiannya lelaki terbabit yang ingin mempertahankan dirinya dari diserang penjenayah tersebut telah ditikam di bahagian pinggang dan juga lengan ketika pergelutan itu berlaku.

laporan polis
Laporan polis yang dibuat mangsa.

Ekoran kejadian yang mengerikan ini, mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan mangsa juga bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius selain di bahagian lengan dan pinggang akibat tikaman yang perlu dijahit.

Melalui perkongsian kakak mangsa di laman Twitter, adiknya itu baru sahaja berkerja di situ dan bertugas sebagai Receptionist di hotel terbabit tidak sampai sebulan.

mangsa cedera
Via Twitter
kesan tikaman
Via Twitter

Malahan, yang amat memeranjatkan, kawasan hotel itu juga sering menjadi rondaan dan tumpuan polis tetapi masih juga berlaku jenayah sebegini sehingga mangsa cedera akibat pergelutan.

Via Twitter

Menurut laporan kakak mangsa lagi, penjenayah yang telah menyerang adiknya itu dipercayai seorang lelaki warga Vietnam tetapi perkara ini masih lagi belum disahkan oleh pihak polis.

Via Twitter

Berikutnya rakaman video ketika kejadian yang dikongsikan oleh kakak mangsa di Twitter melalui rakaman dari bahagian hadapan.

Segelintir netizen turut mempersoalkan mengapa pelanggan yang ada di situ ketika kejadian langsung tidak menghulurkan bantuan walaupun menyedari mangsa telah diserang dan cubaan rompakan sedang berlaku.

Via Twitter

Semoga kejadian sebegini akan membuka mata ramai pihak terutamanya hotel berkenaan agar mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya perkara sebegini tidak lagi berlaku di masa depan.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments