in

(VIDEO) Lelaki Langgar Makcik Guard Selepas Ditegur Salah Parking Kereta

lelaki langgar pengawal keselamatan

Hanya disebabkan menegur kelakuan seorang lelaki yang meletakkan keretanya di parkir teksi, seorang wanita yang juga seorang pengawal keselamatan telah dimaki sesuka hati dan turut lebam betis kiri akibat dilanggar oleh pemandu berkenaan dengan mengundurkan keretanya di kawasan Hospital Seberang Jaya, Georgetown, Penang, semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 tengah hari turut disaksikan oleh beberapa orang awam yang berada berdekatan malahan mereka turut merakamkan kejadian tersebut dan memuat naik rakaman video ke Facebook sehingga jadi viral.

Mangsa yang berusia 43 tahun itu telah membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta berkenaan yang disifatkan sebagai kurang ajar kerana memaki serta sengaja mengundurkan keretanya sehingga beliau mengalami kecederaan kecil.

seberang jaya georgetown
Kejadian ini disaksikan beberapa rakan sekerja mangsa dan orang awam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemandu Proton Saga berkenaan pada mulanya meletakkan keretanya di parkir yang dikhaskan untuk teksi sebelum perbuatannya itu ditegur pengawal keselamatan wanita terbabit.

Walau bagaimanapun, kemudiannya suspek dikatakan beredar dari tempat kejadian tetapi tanpa disangka suspek datang semula ke lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian dan sekali lagi meletakkan kenderaannya di parkir teksi berkenaan.

Pengawal keselamatan wanita itu sekali lagi menegur perbuatan suspek sehingga berlakunya pertengkaran antara kedua-dua mereka. Mangsa menjalankan tugasnya dan seharusnya menegur kelakuan suspek agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Ketika sedang bertengkar, suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat serta makian kepada pengawal keselamatan berkenaan dan secara tiba-tiba suspek mengundurkan keretanya sehingga terkena kaki mangsa yang menyebabkan betis kirinya lebam.

Selepas rakaman video tersebut viral di laman sosial, suspek dilaporkan telah menyerah diri kira-kira jam 11 malam tadi dan hasil siasatan serta keterangan yang diambil oleh pihak berkuasa, suspek mendakwa dia terpaksa meletakkan keretanya di kawasan itu kerana membawa bapanya yang lumpuh untuk mendapatkan rawatan di hosital berkenaan.

Rata-rata netizen masing-masing memberikan pendapat mereka dan ada yang meminta pihak berkuasa mengenakan hukuman terhadap suspek memandangkan beliau telah sengaja mengakibatkan mangsa cedera di kakinya. Sehingga kini siasatan masih dilakukan oleh pihak polis.

Apa sekalipun, sepatutnya lelaki tersebut tidak mengambil tindakan sedemikian dengan memaki dan mengundurkan kereta dalam kemarahan walau secara tidak sengaja. Sebaliknya perkara ini boleh dibawa berbincang dengan baik dan perkara ini tidak akan berakhir dengan laporan polis. Kan?

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0