in

Lelaki Pedofilia Tunjuk Punai Pada Anak-anak Saya di Pasar Raya – Ibu

lelaki pedofilia

Memang sangat terkejut wanita ini apabila diberitahu oleh anak-anaknya yang mereka telah diganggu oleh seorang lelaki gila yang tidak dikenali dengan secara tiba-tiba menunjukkan alat sulitnya kepada mereka yang dipercayai seorang lelaki pedofilia.

Perkongsian seorang wanita iaitu Puan Affida Anggun Sedi menyatakan kejadian yang menakutkan itu berlaku di kompleks membeli belah Giant Putra Permai Seri Kembangan yang berdekatan dengan Pasar Borong Selangor pada Ahad lalu.

pedofilia
Kanak-kanak sering menjadi mangsa kepada lelaki pedo yang gila. – Gambar hiasan

Difahamkan beliau juga turut mengadu tentang kes lelaki pedofilia berkenaan kepada pihak pasar raya tersebut, walau bagaimanapun suspek dikatakan telah sempat melarikan diri selepas menyedari wanita tersebut tahu tentang kejadian itu.

“Selalu dengar dan baca saja pasal pedophile. Hari ini terjumpa seekor di Giant Putra Permai Seri Kembangan, sebelah Pasar Borong Selangor.

“Dia tunjuk punai dia kat anak lelaki saya berumur 12 tahun dan anak dara dan seorang lagi kawan anak perempuan berumur 16 tahun.

“Mula-mula bila anak beritahu saya macam ni, “Mummy, kitorang jumpa orang gila”. Saya terus marah dan sound balik. “Eh korang ni, orang gila mende? Tak elok cakap macam tu.”

lelaki pedo gila
Suspek yang dipercayai lelaki pedofilia mengganggu anak-anak Puan Affida.

“Kemudian anak lelaki saya darjah 6 terus cakap, “Bukan gila macam tu, ini gila lain! Dia tunjuk punai dia kat kitorang!”

“Bila anak-anak beritahu begitu, saya terus pergi ke kaunter dan maklumkan kepada pihak Giant. Saya terus bayar barang-barang. Bila dia nampak anak-anak datang dekat saya, dia lari. So nak tunjuk dia pada staff Giant pun tak boleh sebab tiba-tiba dia menghilangkan diri,” jelasnya.

Beliau yang menyangka kejadian lelaki pedofilia itu habis di situ dan anak-anaknya selamat, rupanya tidak sama sekali apabila suspek dilihat muncul semula dan mengekori mereka. Puan Affida juga sempat merakamkan gambar suspek terbabit sebelum beredar dari lokasi kejadian.

lelaki gila
Suspek melarikan diri selepas menyedari wanita ini mengambil gambarnya.
lelaki jahat
Suspek yang berkeliaran dalam pasar raya.

“Tetapi tak habis di situ. Kitorang pergi DIY, dia ikut lagi. Serious! Anak-anak terus panggil dan beritahu lelaki itulah yang tunjuk punainya pada diorang. Saya tanya dua tiga kali, betul ke? “Ye betul,” kata anak.

“Kami sempat mengambil gambar dan terus berambus dari situ. Keluar dari DIY, kami terus pergi ke kereta,” katanya.

Puan Affida Anggun Sedi juga menasihatkan orang ramai dan semua ibu bapa supaya terus berhati-hati serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap anak-anak mereka dan tidak membiarkan anak mereka berjalan seorang diri tanpa jagaan oleh orang dewasa. Perkara sebegini tidak mustahil akan berlaku lagi walau di mana sahaja.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments